Siakap Keli
suspek serangan polis sendirian suspek bertindak sendirian
Kredit: Bernama

Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Bertindak Sendirian – Saifuddin Nasution

Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Bertindak Sendirian – Saifuddin Nasution

JOHOR BAHRU, 18 Mei (Bernama) — Suspek dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini semalam didapati bertindak sendirian, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata tindakan lelaki warga tempatan berusia 21 tahun itu tiada kaitan dengan kumpulan terancang berdasarkan kesimpulan awal pihak polis, selepas menemu bual 46 individu dalam profil terkait insiden berkenaan.

“Kita dapati buat peringkat awalan ini bahawa penyerang bertindak bersendirian, kita panggil lone wolf, dia didorong motivasi tertentu yang dia faham sebab dia tidak bercampur orang.

“Oleh itu, kita boleh buat kesimpulan awal daripada temu bual kita dengan individu yang kita panggil bahawa tindakan (serangan) itu berupa tindakan sendirian yang terpisah daripada satu misi besar ataupun satu kumpulan terancang… itu tiada,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Sumber: Bernama

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.