Siakap Keli
presiden iran helikopter
Gambar: AFP

Helikopter Bawa Presiden Iran Terlibat Dalam Kemalangan

Helikopter Bawa Presiden Iran Terlibat Dalam Kemalangan

TEHRAN  — Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dipercayai terlibat dalam kemalangan di wilayah Azerbaijan Timur Iran pada Ahad, petik AFP.

“Beberapa laporan yang tidak disahkan mengatakan bahawa helikopter yang membawa Presiden Raisi telah mengalami kemalangan di wilayah Azerbaijan Timur,” kata televisyen kerajaan sambil menambah bahawa usaha menyelamat sedang dijalankan.

Difahamkan, pasukan keselamatan telah dikejarkan dan tiba di lokasi kejadian, bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijangka memakan masa berikutan cuaca buruk, memetik Agensi Anadolu.

BACA: Dari Mana Datangnya Nama PJS, PJU, SS dan USJ? Ini Penjelasannya

Dalam pada itu, Gabenor Azerbaijan Timur turut berkata maklumat mengenai kejadian, termasuk angka korban dan cedera masih belum dikenal pasti.

Turut berada dalam pesawat ringan itu dipercayai adalah Imam Solat Jumaat, Seyyed Mohammad-Ali-Hashem dan Menteri Luar Negeri, Hossein Amir-Abdollahian.

Difahamkan, helikopter berkenaan ingin melakukan pendaratan kecemasan kerana kabus tebal susulan cuaca buruk.

Sumber: AFP via Barron, Agensi Anadolu

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?