Siakap Keli
serang balai polis
Sumber: Sinar Harian

Kes Serang Balai Polis: Henti Spekulasi Tidak Berasas Kaitkan Kumpulan Ekstremis, JI

Kes Serang Balai Polis: Henti Spekulasi Tidak Berasas Kaitkan Kumpulan Ekstremis, JI

Semua pihak perlu menghentikan penyebaran spekulasi yang tidak berasas mengaitkan serangan di Balai Polis Ulu Tiram dengan kumpulan ekstremis seperti Jemaah Islamiyah (JI).

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan menyebarkan spekulasi semacam itu akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur dan pelancong yang hadir di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu menyeru agar masyarakat memberi sepenuh kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

“Kejadian serangan yang berlaku amat memeranjatkan dan UMNO Johor beri kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa. Kami harap semua pihak tidak buat spekulasi dan tersilap dengan menyampaikan maklumat tidak benar.

“Ini penting kerana Johor merupakan negeri dengan hasil pelaburan dan juga pelancongan tinggi, jadi kita tidak mahu spekulasi seperti itu menjejaskan imej negeri ini di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Pendigitalan Kompetensi Kemahiran Pembinaan di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan di Johor Bahru pada Ahad.

PDRM tahu apa yang mereka lakukan berhubung siasatan terkait insiden

Dalam pada itu, turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif ABM Wilayah Selatan, Mohd Zaidi Rahmat dan Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Johor, Ahmad Farrin Mokhtar.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, PDRM memiliki kepakaran dalam menjalankan siasatan terkait insiden berkenaan.

“Jika polis telah katakan suspek bertindak berseorangan dan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan JI, kita harus percaya,” katanya.

Terdahulu, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang berlaku pada jam 2.30 pagi Jumaat mengakibatkan kematian dua anggota polis, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, sementara seorang lagi cedera parah selepas diserang secara fizikal dan ditembak oleh suspek.

Anggota polis yang cedera sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan dikatakan berada dalam keadaan stabil.

BACA: Polis Berkas Kumpulan Sindiket Sorok PATI Di Inap Desa

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.