Lagi Insiden Ceroboh, Serang Anggota Polis Di Balai
Pihak polis telah mengambil tindakan menahan seorang lelaki yang didakwa menyerang anggota polis di Balai Polis Dato’ Keramat, George Town pada Ahad.
Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 4.45 pagi tadi ketika seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun menunggang motosikal memasuki balai polis tersebut dan secara tiba-tiba menyerang anggota sentri yang sedang menjalankan tugas.
Menurut sumber, semasa kejadian tersebut, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alcohol, dan suspek dilaporkan cedera semasa anggota polis cuba menahannya.
Kini, suspek sedang menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Suspek berjaya ditangkap namun mengalami kecederaan kecil semasa proses tangkapan dibuat dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, keadaan suspek stabil,” kata sumber tersebut.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad dijangka akan mengeluarkan kenyataan media mengenai kes tersebut dalam masa terdekat bagi memberikan maklumat lanjut kepada awam.
BACA: Tinggalkan Bayi 5 Bulan, Ibu Bapa Lesap Selepas Hutang Wang Daripada Pengasuh
Sumber: Astro Awani