Siakap Keli

Kfc, Pizza Hut Malaysia Lancar Kempen Sehati Dengan Ikrar Sumbangan Rm2 Juta Bantu Kanak-Kanak Kurang Berkemampuan

Kfc, Pizza Hut Malaysia Lancar Kempen Sehati Dengan Ikrar Sumbangan RM2 Juta Bantu Kanak-Kanak Kurang Berkemampuan

PETALING JAYA, 14 MEI 2024 – QSR Brands yang mengendalikan rangkaian restoran KFC Malaysia  dan Pizza Hut Malaysia hari ini mengumumkan Kempen Sehati bagi menangani masalah pemakanan  seimbang dan jurang pendidikan di kalangan murid-murid yang kurang bernasib baik. Kempen  dengan ikrar sumbangan berjumlah RM2 juta ini, bertujuan untuk memperkasakan pelajar yang  kurang berkemampuan kepada akses makanan seimbang, pendidikan dan masa depan yang lebih  cerah. 

Kerjasama dengan Charity Right di bawah program Feed to Educate ini ialah inisiatif holistik yang  menyediakan bantuan makanan seimbang dan mengukur keberhasilan langsung murid-murid  menerusi peningkatan kadar kehadiran dan tahap pencapaian mereka di sekolah serta sesi maklum  balas dengan ibu bapa.

Bermula Jun 2024, seramai 1,400 orang murid di 28 buah sekolah di seluruh  Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima pakej makanan bulanan agar mereka mendapat nutrien yang diperlukan untuk belajar dengan lebih selesa. 

kempen sehati ikrar sumbangan rm2 juta
Pelajar-pelajar SK Medan bersama Chicky dan Pizza Man.

Kempen Sehati mempunyai matlamat untuk memastikan murid yang terlibat menerima bekalan  makanan bulanan sekali gus menggalakkan mereka untuk kekal di sekolah, memberikan tumpuan  kepada pelajaran dan menambah baik pengalaman pembelajaran mereka secara menyeluruh, di  samping memberi mereka peluang yang sama rata untuk membesar dan mencapai matlamat  akademik. 

Pengerusi QSR Brands, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata, “Penglibatan komuniti adalah salah satu komponen penting dalam teras perniagaan kami. Justeru, kami berbesar hati dengan usaha untuk  memupuk budaya prihatin di kalangan pekerja kami. Tentu sekali, peranan kami sebagai warga  korporat adalah memberikan sumbangan positif kepada masyarakat dengan meningkatkan kualiti  hidup komuniti setempat, terutamanya golongan yang kurang bernasib baik dan terpinggir.” 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands, Nehchal Khanna berkata, “Kami kekal  komited untuk meyumbang kepada pembangunan negara dan memperkasakan masyarakat. Inisiatif  ini lebih daripada sekadar menyediakan makanan, ia sebenarnya merupakan pelaburan untuk masa  depan Malaysia menerusi aspek kesejahteraan dan pendidikan murid-murid yang dibantu.

Ia dapat memperkasakan minda golongan muda dengan asas yang diperlukan bagi mengatasi cabaran sosial dan ekonomi dalam mencapai impian dan aspirasi mereka.” 

kempen sehati ikrar sumbangan rm2 juta
Pelajar-pelajar terlibat dengan permainan dan aktiviti bersama Pizza Man.

Pengerusi Mercy Mission Malaysia, Fawwaz Aminuddin berkata “Keserasian visi antara Charity Right,  KFC dan Pizza Hut terbukti dalam khidmat sosial kami yang dilaksanakan secara bersama. Semua  pihak bersepakat dan komited untuk menyampaikan bantuan yang diperlukan bagi menyokong  objektif pendidikan negara, mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan mewujudkan komuniti yang lestari.  

“Kami akan berusaha bersama-sama untuk membasmi kitaran kemiskinan dan memperkasakan  masyarakat di seluruh negara menerusi pendidikan dan bantuan makanan,” katanya. 

Kempen Sehati ialah salah satu daripada pelbagai program pembangunan dan pengukuhan komuniti  yang dirancang oleh QSR Brands menerusi KFC dan Pizza Hut. Kedua-dua jenama ini menyumbang  secara aktif kepada komuniti yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia selama lebih 14 tahun. 

kempen sehati ikrar sumbangan rm2 juta
Chicky KFC menggembirakan pelajar-pelajar SK Medan dengan tarian dan permainan.

KFC Malaysia, melalui Program Add Hope dan KFC Feeding, menyumbang lebih RM32 juta sejak  2007 manakala Pizza Hut Malaysia terus aktif membantu masyarakat melalui program Hut to Heart  dan Sayangimu.  

Kempen Sehati diumumkan oleh Ketua Pegawai Komunikasi QSR Brands, Anis Yusof yang berkata “QSR Brands amat menghargai sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan bekerjasama dengan Charity Right yang menggalakkan perpaduan sosial dan mengurangkan  ketidaksamaan melalui Kempen Sehati Feed to Educate kami.

“Kami yakin dan percaya bahawa  perpaduan diantara pelbagai lapisan masyarakat dengan latar belakang yang berbeza dan usaha  memupuk semangat kekitaan berupaya untuk membantu mewujudkan impak positif dan berkekalan  kepada semua rakyat Malaysia.”  

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.