Lelaki Jatuh Cinta Dengan Ibu Mentua, Menikah Dengan Restu Bapa Mentua
Pelik tapi benar, seorang lelaki di India jatuh cinta dan akhirnya menikahi ibu mentuanya dengan restu bapa mentua.
Menurut Oddity Central, bapa kepada dua anak itu berpindah ke rumah mentuanya di Kampung Heer Moti, Bihar selepas isterinya meninggal dunia.
Lama-kelamaan, lelaki itu, 45, dan ibu mentuanya, 55, menjalinkan hubungan sulit di belakang pengetahuan bapa mentua lelaki tersebut.
Bagaimanapun, rahsia mereka tidak bertahan lama apabila khabar angin tentang hubungan terlarang mereka mula menjadi buah mulut orang kampung.
Hal ini sampai ke pengetahuan bapa mentua lelaki tersebut yang kemudiannya mula curiga akan mereka. Kecurigaan bapa mentuannya terjawab apabila pasangan kekasih itu ‘ditangkap’ berpelukan.
Berang dengan apa yang dilihat, bapa mentuanya segera melaporkan perkara tersebut kepada majlis jawatankuasa kampung untuk mencari penyelesaian.
Selepas mendengar cerita daripada bapa mentuanya, majlis jawatankuasa kampung memanggil pula lelaki kematian isteri itu untuk mendengar penjelasannya.
Mengejutkan semua orang, lelaki itu secara terbuka mengakui hubungan sulit tersebut, menyatakan bahawa dia telah jatuh cinta kepada ibu mentuanya.
Begitupun, ibu mentua lelaki tersebut juga mengakui perasaannya terhadap menantunya.
Akhirnya, bapa mentua lelaki itu bersetuju untuk merasmikan hubungan mereka dengan melangsungkan perkahwinan.
BACA: Tinggalkan Bayi 5 Bulan, Ibu Bapa Lesap Selepas Hutang Wang Daripada Pengasuh
Sumber: Oddity Central