Siakap Keli
ahli kumpulan rabbani nazrul azhar meninggal dunia
Kredit Gambar: Astro Awani

Ahli Kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar Meninggal Dunia

Ahli Kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar Meninggal Dunia

Ahli kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin telah meninggal dunia di rumahnya di Saujana Utama pada petang ini.

Berita duka itu dikongsikan oleh kumpulan nasyid itu di Facebook sebentar tadi.

“Alfatehah buat Allahyarham Nazrul Azhar B. Tamrin anggota Rabbani yang telah meninggal dunia sebentar tadi.

“Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang bertaqwa. Beliau memghembuskan nafaz terakhir di rumahnya di Saujana Utama,” kata kumpulan itu.

Dalam perkongsian yang lain, kumpulan itu berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan malam ini di Saujana Utama.

“Mandi jenazah akan diuruskan di masjid Saujana Utama In Syaa Allah lepas maghrib van jenazah akan datang ambil jenazah dan bawa ke masjid saujana,” ujarnya lagi.

BACA: Malaysia Juara Berganda Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Berjaya ‘Libas’ Thailand

Ia juga turut disahkan oleh salah seorang ahli kumpulan Rabbani, Mohd Asri Ubaidullah kepada Bernama.

“Ya, Allahyarham Nazrul Azhar sudah kembali kepada Sang Pencipta petang tadi.

“Isteri dia sempat berbual 3 petang tadi. Jadi, dia rehat dan tidur dahulu, tetapi kebetulan anak dia balik kerja pada 4 petang, nak kejut (solat) asar tetapi tiada balasan. Jadi, anaknya panggil ambulans, sebelum ke hospital pihak perubatan dah sahkan dia sudah tiada,” katanya.

Tambah Asri, kesihatan Nazrul yang berusia 47 tahun  dan merupakan ahli termuda dalam kumpulan nasyid itu tidak berapa baik kebelakangan ini dan mengalami demam serta cirit-birit.

“Dialisis memang rutin dah lapan tahun. Kebetulan dia memang tidak sihat dua, tiga hari ini. Dia terbaring di rumah,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, media pernah melaporkan bahawa Allahyarham menderita penyakit buah pinggang sejak lapan tahun lalu.

Sementara itu, menerusi video yang dikongsikan oleh kumpulan Rabbani di Facebook, orang ramai dilihat memenuhi masjid ketika pengurusan jenazah Allahyarham.

“Semoga tenang dan damailah dikau di sana sahabatku, berehatlah dan berbahagialah bersama para syuhada dan pejuang agama. Amin.

“Terima kasih kepada yang hadir dan mendoakan dari kejauhan. Semoga kita semua mati dalam Husnul Khatimah,” kata Rabbani di kapsyen.

BACA JUGA: Anggota MALBATT Meninggal Dunia Di Lubnan

Sumber: Rabbani

Sofea

There's always another side to every story