Siakap Keli

Pesawat SIA Hadapi Gelora Udara: 9 Rakyat Malaysia Cedera, Seorang Cedera Kritikal

Pesawat SIA Hadapi Gelora Udara: 9 Rakyat Malaysia Cedera, Seorang Cedera Kritikal

Sembilan daripada 16 orang rakyat Malaysia yang berada penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang berdepan dengan gelora udara ekstrem semalam dilapor mengalami kecedaraan.

Menurut Wisma Putra, mereka termasuk seorang anak kapal itu kini dirawat di dua buah hospital di Thailand selepas pesawat SQ321 itu mendarat cemas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok.

“Pada masa ini, enam rakyat Malaysia dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin dan tiga lagi di Hospital Samitivej Sukhumvit.

“Menurut kedua-dua hospital, semua rakyat Malaysia yang terlibat mengalami kecederaan fizikal dan dalaman, dan seorang rakyat Malaysia mengalami kecederaan kritikal namun berada dalam keadaan stabil.

“Mereka berada di bawah pengawasan wad secara berasingan dan sedang menunggu laporan perubatan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan dan hospital yang berkenaan. Pihak kedutaan juga sedang menghulurkan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang terlibat.

“Kementerian Luar Negeri menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan mendoakan agar semua mangsa yang cedera cepat sembuh daripada insiden yang malang ini.”

Sumber: Wisma Putra

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.