Siakap Keli

Enfagrow A+ Mindpro Meraikan Kasih Sayang Ibu Melalui Lagu Hari Ibu Janaan AI Pertama

Enfagrow A+ Mindpro Meraikan Kasih Sayang Ibu Melalui Lagu Hari Ibu Janaan AI Pertama 

Kuala Lumpur, 24 Mei 2024 – Enfagrow A+ MindPro, jenama #1 yang disyorkan pakar di Malaysia1 dengan  bangganya melancarkan lagu Hari Ibu janaan AI pertamanya, karya yang dihasilkan secara eksklusif  menggunakan suara kanak-kanak Malaysia. Lagu yang boleh didapati di platform Instagram dan Facebook Enfagrow A+ MindPro dan di 6 stesyen radio utama di Malaysia ini, merupakan tanda penghargaan  terhadap usaha ibu-ibu dan juga ikatan mendalam yang dikongsi antara ibu dan anak. 

Tugas seorang ibu amat mencabar, mereka sering mempersoalkan sama ada usaha mereka mencukupi  dalam membesarkan anak-anak kepada untuk mencapai potensi maksimum mereka. Enfagrow A+  MindPro memahami dedikasi dan kasih sayang luar biasa yang dicurahkan oleh ibu-ibu dalam kehidupan  anak-anak mereka. Hari Ibu ini, Enfagrow A+ MindPro meraikan para ibu dengan mencipta lagu Hari Ibu  janaan AI yang menyentuh hati dan menyatukan suara hampir 200 lebih kanak-kanak.

Lagu ini bukan  sahaja suatu cara mengucapkan terima kasih kepada semua ibu, tetapi lagu ini juga ditampilkan bagi  meyakinkan mereka bahawa mereka merupakan ibu A+ yang luar biasa. Selain itu, Enfagrow A+ MindPro  juga menyampaikan penghargaan mendalam mereka kepada semua ibu dan mengiktiraf peranan tidak  ternilai mereka dalam membesarkan anak-anak tersayang. 

enfagrow a+ mindpro

“Enfagrow A+ MindPro sangat teruja untuk merakamkan kasih sayang dengan teknologi termaju bagi  mempamerkan semangat keibuan yang kekal melalui lagu Hari Ibu janaan AI kami,” kata Wong Choy Yee,  Pengurus Mead Johnson Nutrition Malaysia dan Singapura. “Lagu inovatif ini menandakan detik  bersejarah dengan mengiktiraf kasih sayang yang mendalam para ibu dan menyatukan hati melalui suara  anak-anak Malaysia. Ia bukan sekadar muzik; ia merupakan bukti ikatan kekal yang dikongsi antara ibu  dan anak, satu simbol kasih sayang dan kebersamaan”.  

Choy Yee yang juga merupakan ibu kepada dua anak mengakui peranan penting yang dimainkan oleh ibu  dalam membentuk kehidupan anak-anak mereka. “Melalui kempen ‘A+ Mums Raise A+ Kids’ sempena  Hari Ibu, kami berharap dapat membantu kanak-kanak Malaysia menyampaikan tanda penghargaan dan  kasih sayang mereka kepada para ibu melalui lagu janaan AI yang unik ini.

Pada masa yang sama, kami  juga ingin memberi sokongan kepada semua ibu bahawa mereka telah memberikan yang terbaik kepada  anak-anak mereka dan jangan ragu jika anda adalah ibu yang baik. 

Pemilihan sembilan pemenang akhir terbukti mencabar disebabkan bilangan penyertaan yang  menggalakkan, masing-masing penuh dengan kasih sayang dan kisah unik tentang ikatan ibu dan anak.  “Kami amat berbangga dengan usaha kolaboratif antara Enfagrow A+ MindPro, para ibu, dan anak-anak  Malaysia dalam menjayakan lagu Hari Ibu janaan AI ini. Ia menunjukkan kuasa kasih sayang dan  perpaduan, dan kami teruja untuk berkongsi penciptaan ini dengan seluruh dunia’, tambah Choy Yee. 

enfagrow a+ mindpro

Andrea Chuang, salah seorang daripada sembilan pemenang terpilih, berkongsi pengalaman beliau,  “Menyertai kempen ‘A+ Mums Raise A+ Kids’ dan menyumbang kepada penciptaan lagu Hari Ibu janaan  AI pertama merupakan satu pengalaman yang sangat mengharukan. Saya dan anak saya, Eli cukup  seronok semasa menghantar penyertaan kami.

Sebagai seorang ibu, mendengar suara anak-anak kecil  kami disatukan dalam lagu ini mengingatkan kami tentang cinta dan kegembiraan yang dialami oleh  seorang ibu.” Selain daripada Andrea dan anaknya Eli Joshua, anda boleh melihat para pemenang yang lain melalui imej  kolaj rasmi di bawah.

Enfagrow A+ MindPro percaya bahawa di belakang setiap anak +, wujudnya seorang ‘A + Supermum’. Lagu  Hari Ibu Janaan AI ini merupakan penghormatan istimewa kami kepada semua A+ Supermum dalam  mengiktiraf kasih sayang dan dedikasi luar biasa mereka.

Semua rakyat Malaysia dijemput untuk  berkongsi lagu Hari Ibu janaan AI ini di laman Instagram atau Facebook dan menyampaikan penghargaan  atas kasih sayang dan peranan para ibu dalam membentuk hidup anak-anak kepada rakan-rakan dan ahli  keluarga.

Sebagai tanda penghargaan, 1,000 peserta terawal yang kongsi video tersebut akan menerima  baucar tambah nilai Touch ‘N Go bernilai RM10.00 setiap seorang sebaik sahaja post Enfagrow A+ MindPro  mencapai 1,000 perkongsian. Ini adalah peluang untuk semua rakyat Malaysia bersama-sama  menghormati Supermum yang sentiasa memberikan kasih sayang tanpa syarat kepada anak-anak mereka. 

“Enfagrow A+ MindPro akan terus menyediakan nutrisi yang dipercayai, untuk tumbesaran kanak-kanak  Malaysia bagi memastikan kejayaan mereka pada masa hadapan. Enfagrow A+ MindPro komited untuk  memajukan usaha inovasi kami dengan fokus terhadap pembangunan holistik kanak-kanak.

Inovasi  nutrien Milk Fat Globule Membrane (MFGM) kami menyokong perkembangan otak jangka masa panjang  bagi membina asas kejayaan pada masa depan. Kami akan terus meneroka usaha baru bagi  memperkasakan institusi keluarga dan memperkayakan kehidupan kanak-kanak dengan memupuk  pertumbuhan mental dan perkembangan emosi mereka.” 

Untuk maklumat lanjut tentang Enfagrow A+ MindPro dan bagaimana nutrien DHA dan MFGM kami  menyokong perkembangan otak jangka masa panjang, sila layari  https://www.enfagrow.com.my/superior_nutrition 

Nurul Naqiyah