Siakap Keli
royal canin

Permulaan Royal Canin yang Hebat Untuk Anak Anjing dan Anak Kucing

Permulaan Royal Canin yang Hebat Untuk Anak Anjing dan Anak Kucing

Kuala Lumpur – 24 Mei 2024: Cuba bayangkan keseronokan yang anda rasai apabila membawa pulang seekor anak anjing atau anak kucing baharu ke rumah anda – lincah bermain, menyayangi dengan tanpa syarat, dan bakal menjadi teman seumur hidup. Sebagai pemilik haiwan kesayangan, kita pastinya ingin memberikan si bulus kesayangan dengan Start of Life’ (Permulaan Kehidupan) yang terbaik, dan ini termasuk memastikan mereka sentiasa sihat melalui pemakanan dan penjagaan kesihatan yang baik sejak peringkat awal kehidupan mereka lagi.

Royal Canin dengan kerjasama Zoetis Malaysia telah memulakan misi bersama mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan haiwan kesayangan di peringkat awal melalui vaksinasi. Kerjasama ini telah dirasmikan dalam sebuah acara pelancaran di KidZania Kuala Lumpur, di mana mereka memperkenalkan sebuah Program Vaksinasi yang serba baharu. Di samping inisiatif ini, Royal Canin juga melancarkan semula rangkaian produk BabyMilk untuk Anak Anjing dan Anak Kucing.

Pelancaran ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan ‘Start of Life’ Royal Canin, yang bertujuan untuk mendidik para pemilik haiwan kesayangan tentang kepentingan vaksinasi dan menyediakan penyelesaian pemakanan yang memperkuatkan sistem imun untuk anak anjing dan anak kucing dalam peringkat awal tumbesaran mereka.

royal canin

Dibangunkan dengan kerjasama Zoetis Malaysia, syarikat kesihatan haiwan terkemuka di negara ini, Program Vaksinasi akan berlangsung selama tiga bulan (24 Mei hingga 31 Ogos 2024). Royal Canin akan memberikan baucar Penjagaan Kesihatan untuk sesi perundingan doktor veterinar atau vaksinasi apabila pemilik haiwan kesayangan membeli produk ‘Start of Life’ yang terpilih.

“Pelancaran Program Vaksinasi kami adalah bukti komitmen kami terhadap kesihatan dan pemakanan haiwan kesayangan, dan kami berbangga untuk membawa program ini kepada para pemilik haiwan kesayangan di seluruh Malaysia.

Kami percaya bahawa dengan mendidik para pemilik haiwan kesayangan tentang kepentingan vaksinasi, dan menyediakan platform untuk memudahkan mereka untuk meneroka keperluan ini, kami boleh membantu memastikan lebih banyak anak anjing dan anak kucing di seluruh Malaysia untuk memperoleh ‘Start of Life ‘ yang sewajarnya,” kata Cik Teh Meng Li, Ketua Bahagian Pemasaran Royal Canin Malaysia.

royal canin
Ms Teh Meng Li, Ketua Bahagian Pemasaran Royal Canin Malaysia, berkongsi kegembiraannya mengenai pelancaran Program Vaksinasi Royal Canin dan menekankan pentingnya memberi nutrisi yang betul sejak ‘Start of Lifef’ untuk anak anjing dan anak kucing.

Pelancaran semula rangkaian BabyMilk Royal Canin merupakan satu lagi detik penting dalam acara tersebut. Rangkaian produk ini dirumus khusus untuk memberikan khasiat pemakanan yang paling menyeluruh untuk anak anjing dan anak kucing. Susu BabyDog dan Susu BabyCat adalah produk yang baharu dilancarkan semula yang dirumuskan serapat mungkin dengan susu asli kucing dan anjing yang mengandungi protein yang mudah untuk dihadam dan berkhasiat tinggi untuk tumbesaran yang mantap.

Rangkaian produk ini merupakan pilihan yang ideal untuk diberikan kepada si bulus kecil dalam fasa ‘Start of Life’.

Seperti mana kita memberikan tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraan kita mengikut fasa tumbesaran, si bulus juga berhak untuk mendapat penjagaan dan perhatian yang sedemikian. Dengan memberikan mereka makanan dan penjagaan terbaik daripada Royal Canin, kita memastikan agar mereka dapat membesar dengan ceria dan sihat serta bersedia untuk menjalani pengembaraan hidup bersama kita.

Selain daripada rangkaian BabyMilk; Royal Canin juga menawarkan pelbagai produk bagi anak kucing dan anak anjing dengan pilihan yang berbeza dalam rangkaian ’Start of Life’ selepas dua bulan pertama penggunaan BabyMilk dan seterusnya memberikan penjagaan menyeluruh sepanjang peringkat hayat mereka.

royal canin
Royal Canin telah merasmikan Program Vaksinasi dan rangkaian BabyMilk untuk menekankan kepentingan penjagaan haiwan peliharaan pada peringkat awal usia melalui inisiatif ‘Start of Life’ mereka. Dari kiri ke kanan: Dr Nur Fadhilah Abdul Shukor, Wakil Persatuan Veterinar Haiwan Kecil Malaysia Cik Teh Meng Li, Ketua Pasaran Royal Canin Malaysia Cik Joanne Looi, Pengurus Akaun Utama di Zoetis Malaysia

Untuk meningkatkan lagi keberkesanan penyampaian mesej utama inisiatif ini, acara pelancaran tersebut turut menampilkan sebuah sesi podcast Studio Sembang yang dihoskan oleh Amelia Henderson, bersama dua tetamu khas iaitu pelakon dan pencinta kucing, Zara Zya, dan doktor veterinar selebriti terkenal, Dr Salehatul Khuzaimah (Dr Ima). Podcast tersebut menyelami tiga segmen yang berbeza yang berkisar dalam tema, “Vaksinasi & Pemakanan Yang Disesuaikan untuk Haiwan Kesayangan.”

Segmen-segmen ini memaparkan perbincangan yang mendalam tentang Kunjungan Haiwan Kesayangan Ke Klinik Veterinar Pada Tahun Pertama, Pelan Pemakanan Yang Disesuaikan untuk Haiwan Kesayangan pada Peringkat Tumbesaran Berbeza dan Latihan di Rumah untuk Anak Kucing. Podcast akan disiarkan pada Jumaat, 7 Jun, di https://www.youtube.com/@athqmedia.

Royal Canin menawarkan baucar Penjagaan Kesihatan kepada pemilik haiwan kesayangan yang boleh ditebus di klinik veterinar yang mengambil bahagian di seluruh negara bagi membantu memastikan kesihatan haiwan kesayangan anda terjaga dengan sempurna terutamanya pada usia tahun pertama ‘Start of Life’ yang kritikal sehingga dewasa.

Untuk mendapatkan tawaran ini, anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli Royal Canin Club di https://club.royalcanin.com.my, dan sebaik sahaja anda membeli produk anak anjing dan anak kucing terpilih daripada rangkaian ‘Start of Life‘, baucar akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun anda.

Untuk maklumat lanjut tentang Program Vaksinasi baharu Royal Canin Malaysia, rangkaian BabyMilk, dan pelbagai inisiatif ‘Start of Life’ yang lain, sila layari https://www.royalcanin.com/my/offers, atau hubungi talian +603 7492 0188 .

Nurul Naqiyah