Siakap Keli
Kajian Penyelidik Temui Mikroplastik
Kredit: AFP

Kajian Penyelidik Temui Mikroplastik Dalam Testikel Manusia

Kajian Penyelidik Temui Mikroplastik Dalam Testikel Manusia

Kajian dibuat sekumpulan penyelidik mendapati testikel manusia mengandungi mikroplastik tiga kali ganda lebih tinggi daripada testes haiwan dan plasenta manusia.

Penemuan itu mencetuskan kebimbangan mengenai potensinya dengan kaitan terhadap tahap kesuburan lelaki serta penurunan bilangan sperma.

Penyelidik memeriksa sampel 23 sampel testes daripada mayat manusia yang disimpan dengan rapi. Sampel-sampel itu diperolehi daripada individu yang meninggal dunia ketika mereka berumur antara 16 hingga 88 tahun.

Kemudian, mereka membandingkan 12 jenis plastik yang ditemui dalam testikal itu dengan sampel plastik yang ditemui dalam 47 testes anjing.

“Jumlah dan jenis mikroplastik yang ditemui dalam manusia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada yang ditemui di dalam anjing” kata Matthew Campen.

Campen merupakan ahli toksikologi dan salah seorang penulis kertas kajian itu yang diterbitkan di Toxicological Sciences.

Kajian mereka juga mendapati polyethylene, iaitu sejenis plastik yang digunakan secara meluas adalah polimer dominan yang ditemui dalam kedua-dua spesis.

Kemudian, mikroplastik kedua dominan yang ditemui adalah polyvinyl chloride atau PVC.

Tambah Campen, partikel plastik yang ditemui kelihatan seperti serpihan kecil daripada sisa plastik terurai.

“Plastik ini selalunya berskala nano, biasanya kurang daripada setengah mikron panjang dan mungkin antara 20 hingga 200 nanometer lebar,” katanya seperti yang dilaporkan dalam CNN.

Partikel bersaiz kecil itu dikhuatiri boleh ‘menceroboh’ sel individu dan juga organ-organ utama manusia. Ia juga dipercayai boleh mengganggu proses selular dan berpotensi memendapkan bahan-bahan kimia yang boleh mengganggu sistem endokrin.

Gangguan terhadap endokrin dipercayai boleh mengganggu sistem pembiakan manusia, yang membawa kepada kegagalan fungsi alat kelamin dan pembiakan. Malah, ia juga dikhuatiri boleh menjejaskan kesuburan wanita dan penurunan bilangan sperma dalam kalangan lelaki.

Malah, kajian yang dibuat mendapati bilangan sperma lelaki di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat menurun sebanyak 50 peratus dalam tempoh 50 tahun yang lepas.

Kajian dibuat ke atas sampel testes daripada mayat manusia

Sementara itu, para penyelidik turut membandingkan keputusan kajian tersebut dengan tahap mikroplastik yang ditemui dalam kajian terdahulu ke atas 62 plasenta manusia.

Plasenta merupakan organ yang membekalkan oksigen dan nutrien kepada janin yang sedang berkembang di dalam rahim.

Dalam kajian yang dibuat pada Februari lepas, penyelidik menemui mikroplastik pada tahap 6.5 hingga 790 mikrogram dalam setiap gram tisu pada semua sampel plasenta yang telah dikaji.

“Plastik yang ditemui dalam testes juga didapati tiga kali ganda berbanding yang ditemui dalam placenta,” kata Campen.

BACA: Warga Emas Cedera Dipukul Anak Dengan Kerusi Selepas Dituduh Curi Wang

Sumber: CNN

Athirah

When nothing goes right, go left.