Siakap Keli
soon huat shevon juara masters malaysia
Kredit: Bernama

Masters Malaysia: Soon Huat, Shevon Juara Beregu Campuran, Bawa Pulang RM156 Ribu

Masters Malaysia: Soon Huat, Shevon Juara Beregu Campuran, Bawa Pulang RM156 Ribu

Pemain profesional negara yang juga pasangan suami isteri, Goh Soon Huat dan Shevon Lai, berjaya muncul sebagai juara beregu campuran Masters Malaysia, sekali gus mendapat hadiah perkahwinan paling menggembirakan.

Pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan pada 4 Mei itu menewaskan beregu campuran Indonesia, Rinoy Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari, dalam straight set 21-18, 21-19 dalam tempoh 48 minit.

Kemenangan ini turut menebus kekecewaan mereka yang tewas pada final 2017 kepada rakan senegara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing, serta juga kejuaraan antarabangsa kedua mereka musim ini selepas mahkota Terbuka Switzerland.

Dalam perlawanan set pertama, pasangan Malaysia ini pada awalnya ketinggalan 12-14 sebelum berjaya menyamakan kedudukan pada 14-14.

Mereka kemudiannya mendahului 20-16 namun gagal menamatkan permainan dalam dua mata terakhir, memberi peluang kepada lawan untuk menghampiri pada kedudukan 18-20.

Bagaimanapun, pasangan ini kembali tenang dan berjaya meraih mata terakhir untuk menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-18.

Dalam perlawanan set kedua pula, Soon Huat dan Shevon ketinggalan 3-7 pada permulaan sebelum menyamakan kedudukan pada 16 sama.

Walaupun ketinggalan lagi pada 16-18, mereka bangkit menyamakan kedudukan dan mendahului 20-19, sebelum julang kejuaraan apabila Soon Huat melakukan smash ke gelanggang terbuka lawan.

Kejuaraan ini menyaksikan pasangan ini membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah USD33,180 (RM156,576.42).

BACA: Ungkit Sejarah, Arsenal Dakwa Pegang Rekod Terbanyak Julang Piala FA

Sumber: Stadium Astro

Sharifah Hannah Adibah