Siakap Keli
Pelancong lorong geisha
Gambar: Japan Wonders

Berkelakuan Buruk, Pelancong Dilarang Masuk Ke Sebahagian Lorong Di Daerah Geisha Kyoto

Berkelakuan Buruk, Pelancong Dilarang Masuk Ke Sebahagian Lorong Di Daerah Geisha Kyoto

TOKYO — Gara-gara menunjukkan kelakuan yang buruk, pengunjung dan pelancong akan dilarang memasuki lorong-lorong persendirian di daerah Geisha yang terkenal di Kyoto, Jepun, lapor AFP.

Perkara itu dimaklumkan oleh ahli eksekutif majlis, Isokazu Ota selepas penduduk Kyoto meluahkan kekecewaan terhadap sikap pelancong.

Tambahan lagi, faktor ini didorong dengan peningkatan jumlah pelancong selepas pandemik.

Gambar: Japan Wonders

“Kami akan meminta pelancong untuk mengelak daripada memasuki jalan persendirian selepas April.

“Kami tidak mahu melakukan ini, tetapi kami terdesak,” katanya, sambil menambah bahawa mereka akan meletakkan papan tanda.

Pihak berkuasa tempatan memutuskan keputusan itu dibuat selepas mendapat aduan dan respon daripada warga tempatan.

Pada bulan Disember tahun lalu, majlis daerah Gion yang terdiri daripada penduduk tempatan menggesa Kyoto City untuk menangani isu itu, selepas menyatakan kawasan kejiranan mereka bukanlah “taman tema”.

Seorang warga tempatan memberitahu media Jepun bahawa pakaian kimono maikonya dikoyakkan manakala seorang lagi mendakwa puntung rokok dimasukkan ke dalam kolarnya.

BACA: Jepun Pasang Penghalang Setinggi 2.5M Di Tempat Viral “View” Gunung Fuji

Antara lokasi tumpuan di situ termasuklah sebuah kedai kedai teh tempatan yang terkenal, iaitu “geiko” dan “maiko”.

Walau bagaimanapun, Jalan Hanamikoji yang menjadi jalan utama di Gion akan terus dibuka kepada pelancong.

Tambah Ota, kumpulan pelancong kadangkala bertindak seperti paparazi sewaktu berada di Geisha termasuk sanggup melalui jalan-jalan sempit, yang hanya selebar satu atau dua meter.

Pada 2019, majlis daerah Gion telah meletakkan papan tanda bertulis “tiada fotografi di jalan persendirian” memberi amaran denda sehingga 10,000 yen.

@japanwonders

#fypシ #foryou #japanlife #fyp #kyoto #gion #japan

♬ original sound – Japan Wonders🌷Tinai Sensei – Japan Wonders🌷Tinai Sensei

Terdahulu, pejalan kaki yang menggunakan laluan paling popular untuk mendaki Gunung Fuji akan dikenakan bayaran $13 setiap satu, dengan bilangan dihadkan untuk mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keselamatan.

Tambahan lagi, Kerajaan Jepun juga membina penghalang hitam setinggi 2.5 meter bagi menutup pemandangan di lokasi tular Gunung Fuji.

Sumber: AFP  via France24

BACA JUGA: “Dah Tak Boleh Berdiri” Lelaki Kongsi Cara Kenal Pasti Punca Sebelum Tukar Tayar Baharu

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?