Julie’s Mewarna Melaka Kuning Di Lokasi Pelancongan Popular
Melaka, 27 Mei 2024 – Julie’s menghiasi bandar Melaka dengan tema warna kuning hari ini dengan pemasangan seni baharunya yang direka khas untuk menyuntik keseronokan dan kreativiti ke dalam bandar bersejarah itu. Pemasangan seni baharu ini terletak secara strategik di lokasi pelancongan popular seperti Stadthuys dan tepi Sungai Melaka dan menampilkan lebih dari 50 set payung berjenama Julie’s lengkap dengan meja dan kerusi yang bergaya.
Inisiatif bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pengunjung sambil menambah daya tarikan kedua-dua mercu tanda ikonik ini, menjadikanya destinasi yang lebih menarik untuk bergambar.
Tzy Horng Sai, Pengarah Julie’s Biscuits berkata, “Sebagai jenama yang berbangga menggelar Melaka sebagai rumah sejak 1985, kami teruja untuk membawa sesuatu projek yang menyeronokkan di bandar ini.
Pemasangan seni ini bukan sahaja menambah warna-warna cerah dan menarik di sekitar bandar ini, tetapi juga merupakan satu cara untuk kami memberi kembali kepada komuniti dengan mewujudkan ruang yang lebih selesa di kawasan pelancongan popular untuk dinikmati orang ramai.”

“Komitmen kami kepada penglibatan komuniti tempatan dan promosi pelancongan adalah teras dalam semua yang kami lakukan, dan kami berharap projek ini akan membawa kegembiraan kepada pengunjung dan memanfaatkan pelancongan di kawasan ini. Matlamat kami dengan projek ini adalah untuk memperkayakan kawasan pelancongan tersebut dan mencipta pengalaman yang sukar dilupakan untuk penduduk tempatan dan pelancong di Melaka,” jelas Sai.
Pemasangan seni set payung yang menceriakan bandar Melaka ini menampilkan warna kuning ceria, warna khas jenama Julie’s yang melambangkan kebahagiaan dan kegembiraan. Setiap payung dihiasi dengan visual biskut unik yang diilhamkan dari biskut Julie’s kegemaran pengguna, membawakan sentuhan yang menyeronokkan pada reka bentuk seni tersebut.
Reka bentuk payung ini juga akan mempamerkan logo kedua-dua jenama, menyerlahkan komitmen dan perkongsian kedua-dua pihak dalam projek ini. Set payung artistik ini boleh dilihat di sepanjang tepi Sungai Melaka setiap hari dan di kawasan Stadthuys pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
“Kami senantiasa mencari cara untuk meningkatkan daya tarikan Melaka sebagai destinasi pilihan pelancong, dan kerjasama dengan jenama tempatan seperti Julie’s yang berasal dari Melaka adalah amat sesuai. Projek pemasangan payung ini akan menambah lagi daya tarikan kawasan Stadthuys dan tepi Sungai Melaka serta memberi keselesaan kepada pengunjung, terutamanya dalam cuaca panas dan hujan.

Ini adalah masa yang tepat untuk melancarkan projek sebegini, dengan peningkatan pelancong yang dijangka pada tahun ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024. Kami berharap ia dapat memberi impak positif kepada komuniti Melaka, terutamanya vendor di kedua-dua kawasan dan juga dapat meningkatkan usaha MBMB dalam menarik pelancong” kata Datuk Shadan Othman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Pemasangan seni ini menandakan sumbangan kedua Julie’s dalam memperkayakan landskap di Melaka. Pada tahun 2022, Julie’s bekerjasama dengan artis graffiti Malaysia yang terkenal di peringkat global, Cloakwork untuk mencipta Julie’s Magnifity, sebuah tempat bergambar yang menampilkan dinding mural graffiti kreatif dan berwarna-warni yang menonjolkan tempat-tempat ikonik di Melaka.
Melalui projek set payung baharu ini, Julie’s meneruskan komitmennya untuk menyemai kegembiraan di bandaraya Melaka dengan harapan untuk mencipta kenangan yang berkekalan untuk semua yang berkunjung.
Jangan lepaskan pengalaman ini dan lawatilah lokasi ‘photo-worthy’ terbaharu ini di Stadthuys dan tepi Sungai Melaka sambil mengunjungi Melaka! Untuk mengikuti perkembangan terkini tentang promosi, peraduan dan aktiviti Julie’s, lawati laman web kami atau ikuti kami di Facebook di www.facebook.com/JuliesBiscuits dan Instagram di www.instagram.com/juliesbiscuits.