Siakap Keli

Lembaran Seterusnya Bagi Mobiliti Elektrik: Temui Nissan E-Power Di Malaysia Autoshow 2024

Lembaran Seterusnya Bagi Mobiliti Elektrik : Temui Nissan E-Power Di Malaysia Autoshow 2024

Kuala Lumpur, 21 Mei 2024Sebagai perintis dan inovator kenderaan elektrik, Nissan bersedia untuk melangkah lebih jauh dalam mobiliti elektrik dengan teknologi terbarunya, e-POWER. Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., pengedar rasmi kenderaan Nissan di Malaysia, akan mempersembahkan kehebatan e-POWER di Malaysia Autoshow 2024, yang akan berlangsung dari 22 hingga 26 Mei 2024 di MAEPS Serdang, Selangor.

Sistem pemanduan e-POWER adalah teknologi unik Nissan yang mana menggabungkan enjin petrol dan bateri Litium-ion bagi menjana motor elektrik – motor electric semata-mata untuk memacu roda. Teknologi ini berfungsi seperti kenderaan elektrik, memberikan tork serta-merta dan menghasilkan pelepasan ekzos serta kos operasi yang lebih rendah berbanding enjin pembakaran tradisional, tanpa memerlukan pengecasan. Selain enjin petrol, e-POWER juga memanfaatkan brek regeneratif untuk memastikan bateri sentiasa dicas semula.

nissan e-power

Semasa memperkenalkan e-POWER di Malaysia Autoshow 2024, Khoo Cheng Pah, Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Tan Chong Motor berkata, “Transformasi yang sedang dialami oleh industri automotif kini memberikan cabaran dan peluang yang unik. Kenderaan elektrik bateri (BEV) sudah pasti akan menarik perhatian pengguna, tetapi terdapat halangan dalam pengambilan secara besar-besaran.

Sebagai jenama automotif pertama yang mengeluarkan kenderaan elektrik secara besar-besaran, Nissan LEAF, model yang diperkenalkan oleh ETCM pada 2013, kami bersedia untuk memulakan satu langkah lain dalam memperkasakan elektrifikasi mobiliti untuk rakyat Malaysia melalui e-POWER.”

“Proposisi pintar e-POWER menggabungkan pelbagai ciri terbaik sistem pemacu – ciri-ciri pemanduan yang menyeronokkan seperti kenderaan EV, kebebasan daripada keperluan untuk mengecas dan penjimatan daripada kenderaan berkuasa petrol yang sangat cekap.

Kenderaan Nissan yang dikuasakan oleh e-POWER mengekalkan kedudukannya sebagai salah satu kenderaan terlaris di Jepun dengan pemanduannya yang mengujakan, kecekapan dan kehalusannya, serta tanpa kelemahan daripada pemilikan EV. Kami optimis bahawa rakyat Malaysia akan mencapai kesimpulan yang sama apabila kami melancarkan e-POWER pertama kami pada separuh kedua tahun ini,” tambah Khoo.

Apakah e-POWER dan cara ia berfungsi

nissan e-power

Nissan e-POWER ialah rangkaian kuasa pemacu elektrik yang inovasi dan memenangi anugerah yang menyepadukan enjin pembakaran dalaman dengan motor elektrik. Sedangkan enjin hanya digunakan untuk menjana eletrik, maka roda 100% digerakkan oleh motor keluaran tinggi.

Sama seperti kenderaan EV, e-POWER dapat menawarkan tindak balas pendikit dengan serta-merta kerana motor elektrik boleh menjana tork maksimum dengan serta-merta. Rangkaian kuasa pemacu elektrik Nissan e-POWER mendapat pengiktirafanTechnology of the Year” dari Automotive Researchers & Journalists’ Conference of Japan (RJC) pada tahun 2021.

Kawalan motor e-POWER, integrasi rangkaian kuasa dan teknologi pengurusan bateri memanfaatkan pembangunan luas Nissan dalam EV. Koponen utama sistem e-POWER terdiri daripada bateri Litium-ion, motor elektrik berkuasa tinggi, inverter, generator dan enjin pembakaran dengan kecekapan termal terkemuka dalam kelas. 

Tidak seperti hybrid pengecasan sendiri konvensional yang roda terutamanya dipacu secara langsung oleh ejin, sistem kawalan pintar e-POWER melaraskan operasi enjin secara bebas berdasarkan faktor seperti kelajuan kenderaan, keadaan jalan raya, tahap pecutan dan tahap pengecasan bateri. Hasilnya, ia menawarkan pemanduan yang senyap dan diperhalusi dengan operasi enjin yang kurang kerap berbanding dengan hybrid konvensional.

Pada kelajuan rendah hingga sederhana, seperti pemanduan di kawasan bandar, kenderaan ini digerakkan terutamanya oleh motor elektrik yang dikuasakan oleh bateri litium-ion untuk prestasi seperti EV. Semasa dipandu dengan kelajuan tinggi  dan kendengaran bunyi berguling, enjin berada pada tahap RPM optimum untuk menjana tenaga elektrik yang mencukupi untuk menggerakkan motor, dan apabila pecutan yang kuat diperlukan, motor akan menggabungkan tenaga elektrik yang dihasilkan oleh enjin dan elektrik daripada litium-ion untuk memberi kuasa pada kenderaan. 

Sama seperti EV, e-POWER juga menawarkan kemudahan pemanduan satu pedal. Operasi pedal brek boleh dikurangkan hampir 70% melalui brek janaan semula yang boleh memperlahankan kenderaan sambil mengecas semula bateri.  

Penekanan Nissan Lain di Malaysia Autoshow 2024

nissan e-power

Pavilion Nissan di Ruang A11, Dewan A di Pameran Malaysia Autoshow 2024 turut memaparkan Nissan Almera Turbo Edisi KURO (Hitam) baharu yang dikemas kini dengan sentuhan kosmetik sporty yang dilengkapi dengan aerokit dan aksesori TOMEI yang dipasang di kilang, dengan ketrampilan warna badan eksklusif, Glacial Grey.

Di sebelah Almera Turbo adalah Nissan Navara PRO-4X Edisi Ironman yang terserlah dan lasak. Rasai sendiri trak pikap 4×4 yang teguh dan canggih yang sentiasa menjadi elemennya sama ada meredah hutan hujan tropika atau hutan konkrit. 

nissan e-power

Rangkaian kenderaan dilengkapkan lagi oleh Nissan Serena Premium Highway Star yang sentiasa popular – MPV premium yang boleh melakukan segala-galanya untuk keluarga, daripada aktiviti harian sekolah hingga percutian. Serena, sebuah MPV serba boleh yang cekap terus memukau rakyat Malaysia dengan kepintaran praktikal, kecekapan bahan api dan ciri keselamatan canggihnya. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari tapak web Nissan Malaysia di www.nissan.com.my  atau hubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88-3838.

Nurul Naqiyah