Siakap Keli
Pesawat TUDM Terbang Rendah
Gambar: BERNAMA

Pesawat Terbang Rendah, TUDM Laksana Latihan Bermula Hari Ini Hingga 2 Jun

Pesawat Terbang Rendah, TUDM Laksana Latihan Bermula Hari Ini Hingga 2 Jun

KUANTAN (Bernama) — Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakukan latihan penerbangan taktikal bagi aset-aset udara secara rendah bermula hari ini hingga 2 Jun.

TUDM dalam kenyataan semalam memaklumkan latihan itu antaranya bertujuan mempamerkan kesiagaan aset dan anggota TUDM sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-66 di Pangkalan Udara Kuantan pada 1 Jun.

Kenyataan itu menyebut latihan itu juga bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan tugas operasi yang melibatkan pesawat pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.

BACA: Berkelakuan Buruk, Pelancong Dilarang Masuk Ke Sebahagian Lorong Di Daerah Geisha Kyoto

“Sepanjang latihan berlangsung, pesawat-pesawat TUDM yang terlibat akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu khususnya di ruang udara Pangkalan Udara Kuantan dan sekitar negeri Pahang,” menurut kenyataan itu.

TUDM menasihatkan orang ramai supaya tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat tentera terbang rendah sepanjang tempoh latihan dilaksanakan.

Sumber:BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?