Siakap Keli
Melaka Bila Larut Malam Muzium Penjara Malaysia
Sumber: Tourism Melaka

Teroka Penjara Waktu Malam? Jom Sertai Program Unik Di Muzium Penjara Malaysia

Teroka Penjara Waktu Malam? Jom Sertai Program Unik Di Muzium Penjara Malaysia

Bagaimana jika kita jadikan cuti hujung minggu ini sebagai peluang untuk mengalami sesuatu yang luar biasa di tanah Melaka?

Daripada anak-anak terus sibuk dengan gajet, mengapa tidak kita manfaatkan masa yang berharga dengan satu pengalaman yang ‘unik’ di bandar bersejarah ini?

Seperti yang kita sedia maklum, Melaka tidak kurang hebatnya dengan warisan sejarah yang kaya dan pelbagai tarikan menarik untuk semua pengunjung.

Jadi, SK ingin berkongsi satu lagi program yang boleh dikategorikan sebagai ‘unik’ di bandar ini.

Pernah terfikir tak untuk merasai pengalaman ‘menyeramkan’ dan mendebarkan di penjara pada waktu malam? Jika ya, jangan lepaskan peluang keemasan untuk sertai program “Melaka Bila Larut Malam” di Muzium Penjara Malaysia.

Pada 1 Jun 2024, dari jam 11 malam hingga 2 pagi, Muzium Penjara Malaysia di Melaka akan membuka pintu untuk semua pengunjung yang ingin merasai suasana sel banduan di waktu malam.

Dalam program istimewa ini, pengunjung akan dibawa menyusuri lorong-lorong penjara yang gelap dan dingin, merasai betapa tegangnya suasana di dalam sel banduan pada waktu malam.

Ini bukan sekadar lawatan biasa, melainkan satu pengalaman yang akan membuka mata pengunjung akan realiti kehidupan dalam penjara.

Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung. Antaranya, pengunjung berpeluang mendalami skop tugas dan pengalaman sebagai Pegawai Penjara yang bertugas pada waktu malam.

Selain melawat sel banduan, pengunjung juga berpeluang melawat Bilik Gantung dan Bilik Asingan. Di sini, pengunjung akan menyaksikan tempat di mana hukuman gantung dijalankan dan bilik di mana banduan diletakkan dalam pengasingan.

Bukan itu sahaja, program ini turut menyediakan simulasi sebat rotan yang akan dijalankan oleh pegawai penjara yang bertugas.

Butiran lanjut program

Tarikh: 1 Jun 2024 (Sabtu)

Masa: 11 malam hingga 2 pagi

Lokasi: Muzium Penjara Malaysia, Melaka

Harga Tiket: Warganegara (Dewasa; RM3, Kanak-Kanak; RM1), Bukan Warganegara (Dewasa; RM6, Kanak-Kanak; RM3)

Jadi, apa tunggu lagi? Jom sertai program “Melaka Bila Larut Malam” di Muzium Penjara Malaysia dan alami sendiri suasana unik yang tidak akan dilupakan.

Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk satu malam yang penuh dengan pengajaran dan pengalaman baru.

BACA: Tanah Runtuh Di Papua New Guinea, Lebih 2,000 Orang Tertimbus

Sumber: Tourism Melaka

Sharifah Hannah Adibah