Siakap Keli
kpm agong pendidikan
Gambar: Bernama

KPM Sambut Baik Pelaburan Google Di Malaysia, Perkukuh Pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital

KPM Sambut Baik Pelaburan Google Di Malaysia, Perkukuh Pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik  pengumuman Google untuk melabur RM9.4 bilion di Malaysia termasuk  pembangunan Pusat Data Google yang pertama dan wilayah Google Cloud. 

Selain memenuhi keperluan perkomputeran awan yang semakin  meningkat, pelaburan Google turut memberi nilai tambah kepada  usaha untuk mempertingkatkan program celik kecerdasan buatan (AI)  agi manfaat murid dan guru. 

Inisiatif seperti Gemini Academy dan Experience AI yang sedang  berjalan adalah bertepatan dengan Dasar Pendidikan Digital (DPD)  yang bertujuan untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya  saing. Ini dilaksanakan menerusi peningkatan pengetahuan, kemahiran  dan nilai murid, pendidik dan pemimpin pendidikan; penyediaan  infrastruktur, infostruktur dan kandungan yang berkualiti; dan  penyertaan aktif rakan strategik secara bersepadu serta menyeluruh  dari peringkat prasekolah hingga lepasan menengah. 

Kerjasama strategik yang terjalin antara KPM dengan peneraju teknologi seperti Google adalah penting untuk pengukuhan  pelaksanaan DPD serta untuk memastikan usaha mereformasikan pendidikan negara berjaya.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.