Fernleaf Memperkenalkan Sensasi Rasa dengan Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Yang Baharu
Petaling Jaya, Selangor [30 Mei 2024] – Fernleaf Malaysia, jenama yang terkenal kerana membawakan kebaikan semula jadi tenusu New Zealand ke Malaysia selama 50 tahun, teruja untuk memperkenalkan inovasi terbarunya, Fernleaf Greek Style Yogurt Drink. Penambahan baru kepada keluarga Fernleaf ini adalah bukti dedikasi jenama ini untuk menghasilkan produk yang penuh dengan kebaikan tenusu dan lazat dengan menampilkan minuman yogurt yang menyegarkan, diperkayakan dengan jus buah-buahan asli, yang direka khusus untuk memikat hati rakyat Malaysia.
Minuman ini lebih daripada sekadar minuman biasa; ia adalah minuman serba guna yang sesuai untuk bila-bila masa, sama ada untuk dinikmati begitu sahaja sebagai snek yang enak, dihidangkan bersama pelbagai hidangan kegemaran anda, atau digabungkan bersama makanan lain seperti oat atau granola, mengikut selera dan kegemaran anda.
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink kini boleh didapati di pasar raya terkemuka dan kedai terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Giant, AEON, AEON BiG, NSK, TF Value dan TMG Mart. Tersedia dalam dua saiz yang praktikal, iaitu botol 700 gram berharga RM 8.50 dan botol 200 gram berharga RM 3.30, kedua-duanya menawarkan harga yang mampu milik dengan rasa yang cukup enak, sempurna untuk dinikmati pada bila-bila masa.