Siakap Keli
content kreatif jadi tarikan bisnes jadi pendapatan utama

“Content” Kreatif Jadi Tarikan, Bisnes Waktu Bosan Kini Dah Jadi Sumber Pendapatan Utama

“Content” Kreatif Jadi Tarikan, Bisnes Waktu Bosan Kini Sumber Pendapatan Utama

Biasanya kita akan mengambil masa berjam-jam untuk menghasilkan satu hasil kerja kreatif. Tak kisahlah sama ada novel, puisi, rekaan grafik termasuk rekaan grafik pada warna baju yang biasa kita pakai.

Bekerja dalam bidang kreatif ini sememangnya agak mencabar khususnya apabila bidang ini memerlukan kita semua untuk berfikiran kreatif serta mengikut arus semasa.

Namun begitu, ini bukanlah satu alasan untuk manusia tidak berdaya saing dan menjadi lebih kreatif khususnya ketika berkarya.

Dalam slot ‘Ini Kisah Aku‘ kali ini, Siakap Keli akan berkongsi kisah seorang anak muda tempatan yang berkecimpung dalam dunia rekaan kemeja T serta menggunakan kaedah unik untuk menarik perhatian pengguna di media sosial.

Rancangan asalnya adalah untuk penuhi masa lapang ketika berada di universiti

Nik Afif Firdaus merupakan pengasas bagi sebuah perusahaan rekaan pakaian Nizadesigne yang bertempat di Bandar Sri Putra, Bangi.

jadikan logo jersi

Menariknya, nama perniagaan yang dipilihnya merupakan gabungan namanya bersama ibunya menunjukkan bahawa sosok wanita itulah yang menjadi tulang belakang terbesar dalam hidupnya.

“Kalau saya berjaya, saya nak julang nama ibu saya sekali,” ujarnya ketika ditemubual Siakap Keli.

Anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini merupakan lepasan jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa (ENCOM) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sinonim dengan slogan ‘Taman Ilmu dan Budi’, di sanalah Nik Afif mula untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

“Asalnya saya nak buat side income semasa tengah bosan-bosan di IIUM,

“Selepas mengalami beberapa siri jatuh dan bangun, akhirnya saya memilih untuk meletakkan komitmen sepenuhnya dalam perniagaan ini,” jelasnya.

Sememangnya, lelaki yang berusia 27 tahun ini tidak boleh duduk diam dan bergiat aktif ketika di universiti.

“Kalau pergi mana-mana program atau persatuan, mesti ada muka Abe (nama timangan Nik Afif),” jelas Hasbullah, salah seorang rakan sepersatuan ketika di bangku universiti.

Penuhi imaginasi pengguna di media sosial, pemuda ini ambil inspirasi daripada komen untuk hasilkan kandungan rekaan jersi

Sebelum menceburi dalam bidang perniagaan sepenuh masa, Nik Afif pernah bekerja dalam bidang pemasaran digital dalam lingkungan dua hingga tiga tahun.

Pengalamannya dalam dunia korporat sedikit sebanyak membantu beliau untuk memasarkan jenama yang dibawanya sekarang.

content kreatif jadi tarikan

Sejak kehadiran platform TikTok, kebanyakan perniagaan kecil-kecilan boleh meraih pendapatan yang tinggi bersandarkan algoritma platform berkenaan.

Untuk memastikan kandungan yang dihasilkan relevan dan memberi makna yang mendalam kepada pengguna, beliau telah tampil dengan slot kandungan yang unik.

Berbeza dengan slot kandungan yang tipikal di media sosial, Nik Afif tampil dengan idea yang lebih segar dan bersifat interaktif dengan pengguna.

“Kita wujudkan slot yang akan penuhi imaginasi pengguna-pengguna di media sosial,” katanya lagi.

Menurut beliau, slot ‘Macam Mana Kalau…’ ini akan mengangkat beberapa komen dari pengguna untuk dijadikan sebagai inspirasi rekaan jersi.

Melalui slot ini, Nik Afif akan mengambil inspirasi daripada palet warna pelbagai logo jenama terkenal pilihan pengguna media sosial termasuklah budaya popular seperti MUSE, Solo Leveling untuk dijadikan sebagai asas rekaan jersi ciptaannya.

Rekaan jersi yang dihasilkan pula akan bersifat spontan dan bersifat lebih original disebabkan komen-komen yang diterima pengguna bersifat rawak.

Sejujurnya, slot ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana kita sendiri tidak dapat menjangka komen-komen dari pengguna TikTok.

@nizadesigne

Replying to @Mannthull Done ✨ Korang nak tengok brand apa pulak dalam bentuk jersey? #nizadesigne #jerseylokal

♬ Escapism. – Super Sped Up – RAYE

Melalui kaedah pemasaran yang inovatif di media sosial, beberapa kandungan berjaya mencapai jumlah tontonan yang tinggi di media sosial.

“Kalau video ada yang blow up dekat FYP (For Your Page) TikTok, memang telefon saya ni akan hang,” katanya sambil ketawa.

content kreatif jadi tarikan

Rekaan Nik Afif pernah dipakai oleh artis ternama di Malaysia

Akan tetapi, adat berniaga bukannya menjanjikan hari-hari yang indah selamanya.

Seperti cuaca di Malaysia, ada kalanya panas terik sampai ke malam, ada kalanya hujan turun seakan-akan tiada noktah. Sama seperti peniaga-peniaga lain, Nik Afif juga pernah mengalami pengalaman getir semasa berkecimpung dalam dunia perniagaan ini.

Berbeza dengan kehidupan sebelumnya dalam dunia korporat, apa yang dialaminya seakan-akan berlayar di samudera. Kadangkala tenang, kadangkala ombak bergelora tidak ubah seperti sang laut ingin memakan bahtera yang berlayar.

content kreatif jadi tarikan

Untuk mengetahui segala onak duri kehidupan beliau, anda boleh menonton episod slot Ini Kisah Aku menerusi pautan di bawah.

Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Nizadesigne, anda boleh ikuti laman TikTok ataupun hubungi secara langung di platform Whatsapp

BACA: Minat Dari Sekolah, Wanita Kental Anjur Acara Larian Ultra Walau Berdepan Cabaran

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma