Siakap Keli
secret recipe crunchy cornflakes

Secret Recipe Tawar Menu Baharu Siri Crunchy Cornflakes

Secret Recipe Tawar Menu Baharu Siri Crunchy Cornflakes

Tak perlu tunggu pada hari perayaan untuk makan cornflakes, Secret Recipe kini membawakan hidangan baharu menerusi Siri Crunchy Cornflakes, yang mampu memberikan keragupan yang memuaskan selepas mencubanya.

Menerusi siri tersebut, ia memperkenalkan dua hidangan lazat iaitu Crunchy Cornflakes Pasta dengan Ayam dan Crunchy Cornflakes Cop Ayam yang diperkenalkan susulan sambutan memberangsangkan untuk menu hidangan panas Golden Egg Krup Krup tahun lepas.

Ketua Pemasaran Secret Recipe, Evelyn Lee berkata keragupan yang ada pada hidangan tersebut mampu membuatkan pelanggan keasyikan selain membantu ASMR secara langsung.

“Berikutan sambutan memberangsangkan yang kami terima daripada menu hidangan panas Golden Egg Krup Krup tahun lepas, siri hidangan panas Crunchy kembali dengan kelainan! Gabungan emping jagung dengan resipi klasik kami menawarkan kerangupan berbaloi ASMR yang menggembirakan tetamu kami,” katanya.

Tidak dinafikan, dua hidangan baharu itu mempamerkan dedikasi Secret Recipe untuk memastikan setiap suapan adalah pengembaraan dalam masakan.

Menu pertama iaitu Crunchy Cornflakes Pasta dengan Ayam ditawarkan pada harga RM23.90 menampilkan pasta yang disalut dengan lembut dalam sos cili api lemak berkrim, digandingkan dengan katsu ayam yang berair beserta dengan salutan cornflake yang rangup.

Gabungan tekstur menghasilkan adunan yang harmoni dan pengalaman hidangan yang memuaskan untuk selera Malaysia.

Sementara itu, Crunchy Cornflakes Cop Ayam yang berharga RM27.90 menyasarkan untuk menyerlahkan hidangan klasik dengan rangup “crunch” yang tidak dapat dilawan!

Hidangan itu menampilkan filet ayam goreng bersalut cornflake dan dihidangkan dengan sisi hirisan kentang, salad roket dan sos buttermilk kari, mentakrifkan semula makanan selesa dengan menambahkan sentuhan moden namun menyeronokkan kepada kegemaran lama.

Bagi melengkapkan rasa berkrim hidangan baharu, Secret Recipe’s Honey Passionfruit Tea mengimbangi dengan sempurna rasa kaya Rangup Siri Cornflakes.

Pengunjung boleh menikmati minuman menyegarkan ini pada harga diskaun RM6.80 dengan setiap pembelian hidangan Crunchy Cornflakes, menjadikan pengalaman itu lebih menyeronokkan dan penuh nilai.

Review Jujur berkenaan Siri Crunchy Cornflakes

Bagi memastikan menu tersebut mendapat tempat dalam kalangan orang ramai, Siakap Keli sendiri telah diberikan peluang untuk merasai menu dari siri tersebut pada Selasa, 4 Jun lalu.

Boleh dikatakan Secret Recipe tidak pernah gagal dalam menyempurnakan rasa masakan melayu meskipun telah dicampur dengan sedikit moden.

Setiap komponen yang ada di dalam hidangan tersebut memainkan peranan tersendiri dan apabila digabungkan memberi satu gabungan harmoni dan sangat memuaskan.

Warnanya juga mengambarkan rasa hidangan tersebut seperti Crunchy Cornflakes Pasta dengan Ayam, yang sangat lemak berkrim dan cair apabila dimasukkan dalam mulut.

Kepedasan yang ada pada pasta tersebut mengingatkan kembali pada masakan lemak di Negeri Sembilan.

Sementara itu, Crunchy Cornflakes Cop Ayam pula memberikan keragupan yang berbeza di mana seperti yang dikatakan di bahagian atas, ia mampu memberi ASMR tanpa sengaja.

Rasa filet ayam goreng bersalut cornflakes itu membawakan rasa yang berlemak dan berjus. Penambahan sos di hidangan itu menaikkan lagi selera.

Manakala, air markisar yang dihidangkan juga memberikan kesegaran selepas kenyang makan hidangan yang rangup.

Secara keseluruhan, menu yang disajikan mampu memberikan pengalaman yang berbeza dan semestinya mengingatkan kembali kepada masakan melayu.

Pengunjung boleh mendapatkan Siri Crunchy Cornflakes di semua cawangan Secret Recipe, tidak termasuk AEON Mall Taiping.

Sama ada anda menjamu selera atau membawa pulang, jangan lepaskan tawaran masa terhad ini! Pergi ke cawangan Secret Recipe terdekat anda hari ini dan nikmati gabungan kerangup dan keselesaan yang sempurna.

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.