Siakap Keli
duatlon

Duatlon Terbesar Dunia Kembali ke Putrajaya Menyaksikan Saingan Sengit Pelumba Merebut Kejuaraan 

Duatlon Terbesar Dunia Kembali ke Putrajaya Menyaksikan Saingan Sengit Pelumba Merebut Kejuaraan

PUTRAJAYA, 9 JUN 2024 – Putrajaya sekali lagi menganjurkan Duatlon terbesar dunia yang menyaksikan pelari dan pelumba basikal terbaik dari serata dunia berhimpun di Dataran Putrajaya, bersaing untuk merebut gelaran POWERMAN Malaysia. Acara tahun 2024 merupakan edisi yang ke-19 perlumbaan berprestij ini, dan ianya menjadi lebih istimewa dengan penglibatan rakan kerjasama baharu, JAECOO,  jenama kenderaan utiliti sukan (SUV) premium antarabangsa.

POWERMAN Malaysia 2024 oleh JAECOO, menarik bilangan peserta antarabangsa yang tertinggi, dan menyaksikan lebih daripada 4,000 peserta tegar duatlon dan atlet elit bersaing menyusuri jalan-jalan Putrajaya dalam format berlari-berbasikal-berlari meliputi pelbagai kategori.

duatlon
SUV off-road premium JAECOO J7 memimpin jalan, memberikan pengalaman perlumbaan yang terbaik kepada atlet POWERMAN.

Antaranya termasuk jarak Klasik (berlari 10km, berbasikal 60km dan berlari 10km) dan kategori jarak dekat (berlari 5km, berbasikal 30km dan berlari 5km), di samping 3 kategori POWERKIDS bagi peserta muda (umur 6 hingga 15 tahun). Acara tersebut juga mengalu-alukan penyertaan 20 kanak-kanak dengan kekurangan upaya fizikal dan keperluan khas, yang mendapat sokongan padu dan sorakan gemuruh daripada semua penonton dan peserta. 

Hadir untuk majlis perlepasan (flag off) bagi kategori Elit, Klasik dan Pendek POWERMAN ialah Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Hannah Yeoh, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Y.Bhg Dato’ TPr. Fadlun Bin Mak Ujud, Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek dan Pengarah Mesyuarat dan Insentif Sokongan Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), En. Mohammad Isa Abdul Halim.

Mendapat tempat pertama bagi kategori lelaki Elit dengan masa 02:41:48 ialah John Leerams Chicano dari Filipina. Dalam kategori wanita Elit, Rendy Williams dari Amerika Syarikat mendapat tempat pertama dengan catatan masa 03:09:34.

duatlon
Menyambut tahun pertamanya sebagai rakan kongsi utama POWERMAN, (barisan hadapan, ketiga dari kiri) Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek, menyampaikan model JAECOO J7 kepada (kedua dari kiri) Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Puan Hannah Yeoh. Turut menyaksikan adalah (paling kiri) Presiden Persatuan Powerman Antarabangsa (IPA), John Raadschelders, (barisan kedua, tengah) Presiden Perbadanan Putrajaya, Dato’ TPr. Fadlun Bin Mak Ujud, dan (paling kanan) Pengarah Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), Encik Mohammad Isa Abdul Halim.

Trio Malaysia, Esther Joy Hong Li Chen (03:13:35), Muhammad Rabani Bin Hashim (02:58:41) dan Nazri Muhamad (02:59:24) dengan bangganya menamatkan perlumbaan di tempat ke-2, ke-5 dan ke-6 dalam kategori Elit masing-masing.

Pengurus Besar dan Pengarah Perlumbaan POWERMAN Malaysia, Jeffrey Ross menerangkan, ” Acara tahun ini mencapai tanda aras baharu denganpenyertaan JAECOO sebagai rakan kerjasama kami. POWERMAN Malaysia terkenal sebagai salah satu acara yang paling popular dan berjaya di negara ini, dan kami berbangga untuk berkongsi pentas ini dengan JAECOO pada 2024.

Peserta daripada 30 negara telah mengambil bahagian dalam edisi ke-19 acara ini, dalam perlumbaan yang sengit untuk merebut gelaran Duatlon Terbesar Dunia, dan kami sangat teruja untuk mempamerkan keindahan Putrajaya dan kawasan sekitar kepada semua peserta kami.” 

“Jenama JAECOO melambangkan ciri-ciri individu masa kini yang berani, sedia menempuh cabaran dan bercita-cita tinggi. Kami teruja untuk menyemarakkan semangat ini menerusi kerjasama kami dengan POWERMAN Malaysia,” ujar Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek.

“Sebagaimana setiap atlet didorong oleh keinginan untuk menyerlah dalam keadaan yang paling mencabar, JAECOO juga menyerlah dengan reka bentuk dan prestasi tersendiri bagi para peminat gaya hidup aktif yang menggemari aktiviti luar,” tambah beliau. 

Selain daripada menyertai aktiviti menyeronokkan, peserta dan pengunjung juga berpeluang untuk melihat sendiri SUV premium JAECOO J7, yang beraksi sebagai kenderaan pemula perlumbaan, menyokong usaha POWERMAN Malaysia untuk menyampaikan pengalaman perlumbaan terulung bagi para atlet. Di samping itu, peserta juga boleh merasai sendiri varian SUV Pacuan Semua Roda (AWD) dan Pacuan Dua Roda (2WD) baharu dan menarik ini oleh JAECOO, yang dipamerkan di lokasi acara. 

POWERMAN 2024 oleh JAECOO bukan sahaja membawakan perlumbaan, yang menguji ketahanan fizikal tetapi juga menjanjikan pengalaman yang menyeluruh. Selain hari perlumbaan utama pada Sabtu dan Ahad, POWERMAN Malaysia 2024 oleh JAECOO menganjurkan Ekspo industri selama tiga hari yang mendapat sambutan hebat, dengan lebih 50 peserta pameran mengetengahkan produk dan jenama masing-masing kepada pengunjung antarabangsa.

Ianya termasuk Kahf – jenama penjagaan peribadi dan dandanan lelaki bermutu tunggu yang halal dan berinspirasikan alam – 100PLUS, Shimano, PURPOSE Performance Wear, Therabody dan Garmin, menjadikannya acara yang wajib dihadiri oleh semua pihak yang terlibat dalam komuniti sukan berlari dan berbasikal Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut mengenai POWERMAN Malaysia 2024 oleh JAECOO, sila layari www.powerman.my.

Nurul Naqiyah