Siakap Keli
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 139(4)  Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  telah memperkenankan pelantikan YBhg. Dato’ Seri Dr. Ahmad Jailani bin  Muhamed Yunus sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam  (SPA) untuk tempoh tiga (3) tahun. Pelantikan ini berkuat kuasa pada  7 Jun 2024. 

YBhg. Dato’ Seri Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus yang memiliki  Ijazah Kedoktoran dari Hiroshima University, Jepun mempunyai  pengalaman yang luas selama 30 tahun dengan memegang pelbagai  jawatan penting dalam Perkhidmatan Awam termasuk sebagai Timbalan  Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan  Awam dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Nurul Naqiyah