Siakap Keli
sepiring penang

Sepiring Menyaji Selera Penang Untuk Dinikmati Ramai

Sepiring Menyaji Selera Penang Untuk Dinikmati Ramai

Kuala Lumpur, 10 Jun 2024 – Ada yang mengidam Mee Udang Penang tetapi tidak berkesempatan lagi untuk ke Penang? Singgahlah Sepiring, sebuah restoran tempatan yang digemari ramai dan diperakui Halal yang terkenal dengan hidangan tempatan yang menggamit selera, dan mulai sekarang hingga 15 September 2024, Sepiring menyediakan menu baharu iaitu Hokkien Prawn Mee dan Rosy Nyor Float yang menjanjikan kepuasan tidak terhingga dan keenakan perisa tradisional yang luar biasa!

Selain hidangan kegemaran rakyat tempatan yang tersedia di Sepiring seperti Laksa Penang, Pasembur, dan Rojak Penang, menu terbaharu ini akan menyempurnakan lagi pengalaman makan dengan setiap suapan! Dedikasi Sepiring untuk menawarkan hidangan asli Penang berasal daripada keinginan mereka untuk berkongsi cita rasa sebenar salah satu destinasi kulinari yang terkenal di Malaysia.

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif Sepiring Café Sdn Bhd, berkongsi bahawa, perisa turun-temurun negeri utara tersebut sudah pun disempurnakan, dan oleh itu, Sepiring berhasrat untuk memastikan pelanggan dapat benar-benar menikmati keenakan hidangan Penang tanpa risau tentang kualiti hidangan. 

“Kami memilih untuk menyediakan aneka jenis makanan Penang yang menyelerakan kerana ia sangat digemari ramai dan kepelbagaiannya mencerminkan budaya negara kita yang kaya dan warna-warni.” kata Kah Yong.

“Sejajar dengan tradisi kami untuk menyediakan kepelbagaian cita rasa Malaysia, kami berbesar hati untuk memperkenalkan menu terbaharu kami, Hokkien Prawn Mee dan Rosy Nyor Float di Sepiring. Pasukan kami telah bertungkus lumus menghasilkan resipi yang bersandarkan warisan tradisional dengan kelainan yang moden untuk dinikmati pelanggan.”

sepiring penang
Sepiring melancarkan penambahan terbarunya dalam menu; Hokkien Prawn Mee untuk memenuhi keinginan anda dengan letusan rasa tradisional.

Hidangan masa terhad ini juga akan disertakan dengan Pasembur, yang terdiri daripada campuran sayur-sayuran, makanan laut, yang dihidang bersama kuah kacang; Rojak Penang yang merupakan makanan tradisi buah-buahan dan sayur-sayuran mentah yang dicampur dengan kuah rojak; Laksa Penang, sajian berkuah yang masam dan pedas; dan Cendol Sagu, pencuci mulut yang menyegarkan dengan agar-agar tepung beras berperisa pandan dengan sirap gula melaka.

Sejak penubuhannya, Sepiring telah meraikan warisan masakan Malaysia yang kaya dan pelbagai. Sepiring yang bermaksud ‘berkongsi hidangan’ menyatukan keluarga dan kenalan terdekat dengan menyediakan hidangan istimewa yang menampilkan gabungan perisa tradisional yang memukau. Pengenalan menu baharu ini jelas meneruskan tradisi Sepiring dalam usaha mereka untuk menyediakan hidangan inovatif yang menyerlahkan keaslian cita rasa Malaysia.

“Matlamat kami di Sepiring adalah untuk mencipta pengalaman makan yang selesa bagaikan berada di rumah sendiri, di mana anda dapat berkumpul dengan yang tersayang untuk menikmati hidangan yang lazat sambil mencipta kenangan yang berkekalan. Pengenalan sajian baharu ini membuktikan komitmen Sepiring untuk menyampaikan kecemerlangan kulinari dan dedikasi kami untuk berkongsi warisan masakan tempatan,” tambah Kah Yong.

Sepiring bertekad untuk menyediakan pengalaman makan yang sempurna dengan standard kualiti yang tertinggi. Dengan lapan buah cawangan di Lembah Klang, Sepiring melayani ribuan pelanggan dengan menunya yang pelbagai mengikut negeri, termasuk Dulang Warisan Timur yang menampilkan masakan tradisi orang Kelantan, Dulang Warisan Selatan yang menampilkan masakan tradisi orang Johor, dan Dulang Omak Den yang menampilkan masakan tradisi orang Negeri Sembilan.

sepiring penang

sepiring penang
Memperkenalkan minuman baru Sepiring, Rosy Nyor Float, menawarkan rasa autentik dari Penang yang melengkapi menu barunya.

Menu mereka turut menampilkan makanan kegemaran rakyat tempatan yang popular seperti Nasi Pandan dengan Ayam Berempah, Laksa Kari, Nasi Ulam Nyonya dengan Ayam Percik, dan banyak lagi.

Kini dengan pelancaran Uniquely Rasa Penang, Sepiring sekali lagi bersedia untuk menyediakan hidangan yang pasti menggamit cita rasa para pelanggan. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati selera Penang di keselesaan rumah anda atau kunjungi cawangan Sepiring terdekat dan nikmati sajian baharu yang istimewa ini!

Untuk maklumat lanjut atau kemas kini terkini mengenai Sepiring, sila layari laman web rasmi mereka di  https://sepiring.com.my/ atau ikuti Facebook (https://www.facebook.com/SepiringUniquelyMalaysian)  atau Instagram mereka (https://www.instagram.com/sepiring_malaysia).

Nurul Naqiyah