Siakap Keli
10 website dilayari mei
Gambar: AFP

Ini 10 “Website” Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada Mei

Ini 10 “Website” Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada Mei

Gajet elektronik sudah diibaratkan bagai isi dengan kuku dengan manusia. Kebergantungan individu terhadap gajet ini dalam menjalani rutin boleh dikatakan hampir sepenuhnya.

Bahkan dari bangun pagi sehingga sebelum masuk tidur, benda pertama dan terakhir yang berada di tangan kita adalah telefon pintar.

Tidak dinafikan, peranti ini menjadi perantara kepada semua bidang seperti pendidikan, perniagaan. pekerjaan dan banyak lagi seiring peralihan dunia moden.

Apatah lagi, aktiviti seperti perbankan, akses perkhidmatan kerajaan, melakukan temu janji, membeli-belah atau membuat apa-apa tempahan semuanya sekarang boleh dilakukan dihujung jari tidak kira di mana anda berada.

Oleh itu, wujudnya pelbagai laman sesawang daripada setiap individu, syarikat, institusi, agensi, perniagaan yang menawarkan perkhidmatan mereka di alam maya.

Pada awal Jun ini, syarikat pembekal data digital untuk perniagaan, Similar Web telah mengeluarkan senarai laman sesawang yang sering dilayari oleh rakyat Malaysia pada Mei 2024.

Untuk makluman, laman web atau sesawang merupakan sebuah dokumen elektronik pada paparan skrin komputer dan biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dan sebagainya, memetik Kamus Dewan Edisi Keempat.

Kandungan-kandungan yang dipaparkan biasanya berkaitan institusi, organisasi, persatuan, individu dan sebagainya yang boleh diakses dengan capaian internet.

BACA: “Bila Penat Kerja, Saya Tengok Gambar Keluarga,” Bapa Travel Lebih 300km Sehala Cari Rezeki Keluarga

10 website yang sering dilayari pada Mei

Dalam data yang dikeluarkan mendedahkan tempat pertama hingga keenam tidak berlaku sebarang perubahan pada bulan April.

Tidak mengejutkan Google.com menjadi laman sesawang paling banyak dilayari oleh rakyat Malaysia pada bulan lalu.

Di tempat kedua dan ketiga pula adalah Youtube.com dan Facebook.com, muncul sebagai laman web paling popular dalam negara termasuk di peringkat global.

Seterusnya, laman sesawang permesejan dalam talian, Whatsapp kekal mendominasi tangga keempat sebagai laman sesawang paling popular di Malaysia, diikuti Instagram.com dan platform e-dagang Shopee.com.

Manakala laman sesawang Chatgpt.com naik ke tangga ketujuh, selepas Twitter menungguli kedudukan itu pada April namun mengalami kejatuhan pada bulan ini.

Tiktok.com, Maybank2u.com dan Yahoo.com masing-masing menduduki carta kelapan, sembilan dan sepuluh laman sesawang paling banyak dilayari oleh rakyat Malaysia kekal seperti bulan lepas.

Gambar: Similar Web

Sumber: Similar Web

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?