Siakap Keli
Kena buat 63 kali
Kredit: @shukri.kamarudin via TikTok

“Kena buat 63 kali…”, Adik Ni Selamba Selasaikan Rubik Hanya Pusing Dua Bahagian Je

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Kena buat 63 kali…”, Adik Ni Selamba Selasaikan Rubik Hanya Pusing Dua Bahagian Je

Pemainan kiub Rubik merupakan salah satu permainan mencabar minda yang sangat digemari oleh manusia.

Seperti yang kita semua sedia maklum, permainan ini direka untuk menguji kreativiti pemain dan daya pemikiran pantas serta kritis para pemain.

Kiub rubik asas 3x3x3 direka berbentuk empat segi dengan enam sisi, dimana setiap sisi mengandungi sembilan kotak kecil yang boleh digerak dan diputarkan.

Setiap rubik pula mengandungi enam warna iaitu merah, hijau, kuning, biru, oren dan putih. Selain rubik 3x3x3, ada juga rubik 4x4x4 dan 5x5x5 yang boleh dimainkan.

Walau bagaimanapun, kiub Rubik boleh menjadi sangat sukar untuk diselesaikan apabila anda tidak mengetahui teknik yang betul dan tanpa latihan yang mencukupi.

“Kena buat 63 kali…” adik ini guna teknik tersendiri selesaikan kiub rubik dalam masa singkat

Jadi, kita yang kali pertama menyentuh kiub rubik atau tidak mengetahui teknik yang betul akan cepat terasa bosan apabila gagal menyusun semula warna-warnanya.

Namun begitu, situasi berkenaan tidak berlaku kepada seorang kanak-kanak ini yang begitu mahir dan penuh selamba menyelesaikan rubik.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @shukri.kamarudin, anak lelaki berkongsi teknik untuk menyelesaikan kiub rubik dalam masa singkat.

Video berdurasi 1:11 minit memaparkan kanak-kanak lelaki itu hanya memusingkan bahagian hujung kiub rubik sebanyak 63 kali dan akhirnya mendapat warna keseluruhan.

Ketika @shukri.kamarudin bertanya mahu menyelesaikan kiub rubik tersebut, kanak-kanak berkenaan tanpa berlengah berkongsi teknik yang digunakannya.

“Kena buat 63 kali? Kalau buat lebih sehingga 64 kali?” soal bapa kepada kanak-kanak itu.

Kanak-kanak berkenaan memberitahu sekiranya tidak mengikut teknik yang ditunjukkan, maka penyusunan kiub rubik itu tidak akan menjadi.

Video berkenaan mendapat 1.4 juta tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa kagum dengan kemahiran yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut.

Menjengah ke ruang komen hantara berkenaan, pelbagai komentar ditinggalkan oleh pengguna TikTok. Rata-rata daripada mereka turut berkongsi pengalaman lucu masing-masing ketika berusaha menyelesaikan permainan tersebut.

BACA: Tetamu “Open House” Tengah Enjoy Makan, Tuan Rumah Bergurau Keluar Buku Kira Bil

@shukri.kamarudin

Eleh, macam ni papa pun boleh buat.

♬ bunyi asal – Shukri Kamarudin – Shukri Kamarudin

Sumber: @shukri.kamarudin via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.