Siakap Keli
penggantungan lesen
Sumber : BERNAMA

Penggantungan Lesen Syarikat Pasadana Travel And Tours Sdn. Bhd. (LESEN KPK:9327) 

Penggantungan Lesen Syarikat Pasadana Travel And Tours Sdn. Bhd. (LESEN KPK:9327) 

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah memutuskan untuk menggantung lesen SYARIKAT PASADANA TRAVEL AND TOURS SDN. BHD. (LESEN KPK:9327) selama lapan (8)  bulan 12 hari berkuatkuasa mulai 20 April 2024 sehingga 31 Disember  2024. 

Penggantungan lesen syarikat ini adalah berdasarkan Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] di bawah subseksyen 8(1)(b), yang menyatakan bahawa pengusaha pelancongan berlesen melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah lesen, mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, tanpa mengira sama ada pendakwaan telah dilakukan terhadap pelanggaran tersebut atau tidak.

Tambahan lagi, penggantungan ini juga selaras dengan subseksyen 8(1)(d) kerana syarikat telah menjalankan perniagaan dengan cara yang merugikan kepentingan awam, industri pelancongan, atau ekonomi negara

Dalam tempoh penggantungan lesen ini, syarikat tidak boleh mengurusniagakan apa-apa perniagaan baharu seperti  mengiklankan pakej umrah dan mengambil jemaah baharu untuk  mengerjakan umrah. 

Dalam tempoh penggantungan ini juga, syarikat tersebut  dikehendaki memulangkan semula bayaran dan apa-apa dokumen  milik jemaah umrah yang memilih untuk membatalkan tempahan  syarikat. Sekiranya didapati syarikat melanggar syarat ini, tindakan  pembatalan lesen boleh diambil dan tiada pembaharuan lesen akan dibenarkan setelah habis tempoh lesen. 

Nurul Naqiyah