Siakap Keli
hari bapa

McDonald’s Malaysia Sebar Keceriaan Kepada Masyarakat Dengan Meraikan Hari Bapa

McDonald’s Malaysia Sebar Keceriaan Kepada Masyarakat Dengan Meraikan Hari Bapa

SEMENYIH, 12 JUN 2024 – McDonald’s Malaysia terus berganding bahu bersama Titipan Kasih Harian Metro untuk memperluas inisiatif kemasyarakatannya dalam usaha membawa keceriaan kepada komuniti dengan menyantuni warga emas yang menetap di pusat-pusat jagaan orang tua di sekitar Semenyih pada 6 Jun yang lalu.

Bersempena dengan Hari Bapa, McDonald’s Malaysia dan Titipan Kasih Harian Metro tampil meraikan 100 warga emas dari empat pusat jagaan orang tua di Semenyih antaranya Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah, Pusat Jagaan Nur Hasanah dan Pusat Jagaan Insan.

“Sebagai sebuah restoran keluarga, kami ingin sentiasa mencipta kenangan yang indah bersama komuniti melalui aktiviti-aktiviti yang memberi impak positif dan bermakna untuk kehidupan semua. Untuk mencapai hasrat ini, kami sentiasa berusaha mencari peluang untuk menyumbang kembali kepada masyarakat yang berdekatan dengan restoran McDonald’s, lebih-lebih lagi kepada masyarakat yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

Sempena Hari Bapa, kami ingin dedikasikan sambutan ini kepada semua bapa, walau di mana pun anda berada, jasa anda akan sentiasa dikenang sebagai wira kepada keluarga,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

hari bapa
Komuniti bapa dari pusat-pusat jagaan yang hadir diraikan dengan kek dan hidangan McDonald’s semasa Sambutan Hari Bapa anjuran McDonald’s Malaysia bersama Titipan Kasih Harian Metro.
hari bapa
McDonald’s Malaysia bersama Titipan Kasih Harian Metro menyantuni warga emas di Jagaan Mahmudah Malaysia, Semenyih.

Sambutan Hari Bapa anjuran bersama McDonald’s Malaysia dan Titipan Kasih Harian Metro telah berlangsung di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia sebagai tuan rumah dan diikuti dengan beberapa acara utama antaranya sesi terapi, sesi motivasi, sesi jamuan dan solat jemaah bersama warga emas. McDonald’s Malaysia turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada rumah-rumah kebajikan yang terlibat dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM10,000.

“Saya terharu kerana McDonald’s adalah syarikat pertama yang sambut Hari Bapa bersama warga tua disini. Kami amat bersyukur dan berterima kasih kerana sudi menceriakan ibu dan ayah kami. Warga emas disini beritahu saya bahawa ini adalah hari paling bahagia bagi mereka kerana sudah lama tidak ada orang yang meraikan mereka dan berikan mereka hadiah.

Kami harap dengan keceriaan yang dibawakan oleh McDonald’s ini akan kekal sebagai memori indah kepada ibu bapa kami disini dan semoga pada masa akan datang program ini akan memberikan keceriaan kepada warga emas yang lain juga” kata Haji Azman Razman, Pengerusi Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia merangkap Pengerusi Persatuan Mahmudah Malaysia.

hari bapa
McDonald’s Malaysia menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM10,000 kepada Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah (paling kiri), Pusat Jagaan Nur Hasanah (kedua kiri), dan Pusat Jagaan Insan (kedua kanan), dan Jagaan Mahmudah Malaysia (paling kanan)

Selain itu, McDonald’s Malaysia juga sentiasa berusaha membawa keceriaan kepada masyarakat, selari dengan terasnya untuk menjadi jiran yang prihatin kepada komuniti di sekitar lokasi operasi restorannya dengan menganjurkan pelbagai aktiviti antaranya Sambutan Aidilfitri Titipan Kasih Harian Metro bersama McDonald’s yang menghimpunkan komuniti setempat daripada pelbagai lapisan menerusi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti aktiviti gotong-royong, sukan pantai dan jamuan hari raya.

McDonald’s Malaysia giat menjalankan aktiviti kemasyarakatan merentas komuniti menerusi ‘Program Komuniti McDonald’s & RMHC’ yang mana setiap tahun dianggarkan sebanyak 19,000 aktiviti kemasyaratan akan dilaksanakan merangkumi segenap lapisan masyarakat antaranya ialah Sambutan Hari Jadi bersama anak-anak yatim, sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan negara, sumbangan hidangan moreh pada bulan Ramadan dan sumbangan minuman kepada jemaah masjid pada setiap hari Jumaat.

Nurul Naqiyah