Siakap Keli

Perasmian Projek Pusat Data Teknologi Hijau (Green Data Center) LPPSA

Perasmian Projek Pusat Data Teknologi Hijau (Green Data Center) LPPSA

Putrajaya, [11 Jun] – Timbalan Menteri Kewangan, YB Puan Lim Hui Ying, hari ini  merasmikan Projek Pusat Data Teknologi Hijau (Green Data Center) LPPSA semasa  lawatan kerja beliau ke LPPSA. Projek ini merupakan pendekatan komprehensif LPPSA  dalam menguruskan pusat data dengan cara mesra alam dan cekap tenaga, yang  mampu mengurangkan penggunaan kuasa bagi menyokong pemeliharaan alam sekitar  dan mengoptimumkan kos organisasi melalui teknologi terkini. 

Projek ini bertujuan menaik taraf Pusat Data LPPSA yang telah beroperasi sejak 2007. Antara kebaikan Pusat Data Teknologi Hijau ini termasuklah mengurangkan penggunaan peralatan ICT dan kabel data di Pusat Data, menjimatkan ruang dan mengurangkan  penggunaan tenaga. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Encik Mohd Farid bin Dato’ Hj Nawawi,  “Penggunaan Teknologi Hijau yang terkini memastikan pusat data sentiasa di barisan  hadapan dalam inovasi teknologi selain membantu meningkatkan kecekapan operasi  pusat data. Projek Pusat Data Teknologi Hijau ini adalah komitmen LPPSA terhadap  kelestarian dan pemeliharaan alam sekitar untuk generasi akan datang.” 

green data center

green data center

Menerusi projek ini, LPPSA bergerak maju dengan penggunaan Teknologi Hijau bagi  memperkukuhkan daya saing, di samping memberi manfaat yang signifikan kepada kewangan dan reputasi organisasi. Projek ini adalah satu langkah penting ke arah  pembangunan mampan pemeliharaan alam sekitar, menyumbang kepada kesihatan dan  kesejahteraan komuniti sekitar, meningkatkan kecekapan operasi dalam sektor  perkhidmatan awam, sekaligus memberi kesedaran kepada organisasi lain untuk  mengikuti jejak langkah yang sama.

Nurul Naqiyah