Siakap Keli
ops kesan 2.0
Sumber : BERNAMA

Statistik Pelaksanaan OPS KESAN 2.0 Susulan Penyasaran Subsidi Diesel

Statistik Pelaksanaan OPS KESAN 2.0 Susulan Penyasaran Subsidi Diesel

PUTRAJAYA, 12 JUN 2024 – OPS KESAN 2.0 telah diperkenalkan sebagai persiapan untuk pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang dijadualkan bermula pada 8 Jun 2024. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah membuat persiapan teliti untuk menangani sebarang aduan terhadap peniaga yang menaikkan harga secara tidak munasabah, terutamanya bagi mereka yang telah menerima subsidi diesel serta kepada peniaga yang tidak layak menerima subsidi diesel sebelum pelaksanaannya.

Selepas pengumuman penyasaran subsidi diesel pada 10 Jun 2024, sebanyak 23 aduan telah diterima, tiga kertas siasatan telah dibuka, dan sejumlah 191 Notis telah dikeluarkan susulan pemeriksaan ke atas 346 premis sehingga 12 Jun 2024 di seluruh negara.

KPDN ingin mengingatkan khususnya para peniaga bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau syarikat yang melakukan kesalahan di  bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 demi menjaga dan  melindungi hak pengguna.  

Bagi sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah berikutan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, orang ramai boleh mengemukakan  sebarang maklumat dan aduan melalui talian khas OPS KESAN 2.0 iaitu 012-6654292. Selain talian khas tersebut, orang ramai juga boleh  menyalurkan aduan yang lengkap dan tepat kepada pihak Kementerian  melalui saluran-saluran berikut:

  1. WhatsApp 019-279 4317/019-848 8000;  
  2. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;  iii. Call Centre 1-800-886-800; dan  
  3. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.  

Nurul Naqiyah