Siakap Keli
quickbites the malaysia book of records

Karya Seni Mural QuickBites Menerima Pengiktirafan The Malaysia Book Of Records

Karya Seni Mural QuickBites Menerima Pengiktirafan The Malaysia Book Of Records

Kuala Lumpur, 13 Jun – Gardenia QuickBites berjaya mencipta sejarah dengan menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records untuk ‘Most Wall Murals In A Branding Campaign’. Pengiktirafan tersebut telah diperolehi semasa di Penyampaian Anugerah QuickBites 2024 ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’ yang telah berlangsung di Hotel Renaissance, petang tadi.

Ini adalah pengiktirafan yang julung kalinya diterima oleh Gardenia daripada The Malaysia Book of Records dan berharap pencapaian ini dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak penciptaan impak yang positif untuk masyarakat.

Program ‘Minda Sihat Cergas Fizikal’ Bersama QuickBites 2024 telah berjaya memberi manfaat kepada lebih kurang 130,000 orang murid dan guru daripada lebih 120 buah sekolah menengah di seluruh Semenanjung Malaysia sejak mula dijalankan. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 (2) Shah Alam telah dinobatkan sebagai Pemenang Hadiah Utama dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.00.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azman bin Mashuri, Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Puan Lavinia Anthony, Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

“Pertandingan mural yang bertemakan ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’ ini dapat mendorong murid dan guru sekolah untuk menyerlahkan kreativiti dan bakat mereka di samping memfokuskan kepada gaya hidup sihat mental dan fizikal.

quickbites the malaysia book of records

Ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk melahirkan generasi holistik dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

KPM mengucapkan setinggi penghargaan kepada Gardenia QuickBites, kerana telah mewujudkan peluang untuk murid sekolah menonjolkan bakat dan minat mereka di luar persekitaran bilik darjah yang formal,” kata Tuan Haji Azman bin Mashuri.

Lavinia berkata, “Matlamat program ini adalah untuk memperkasakan bakal pemimpin menerusi aktiviti pembudayaan gaya hidup sihat yang merangkumi aspek kesihatan mental dan fizikal secara holistik. Melalui program ini, QuickBites berharap agar dapat meningkatkan kesedaran di kalangan murid sekolah tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dalam kehidupan seharian mereka.

quickbites the malaysia book of records

Komponen utama program ini merangkumi pertandingan mural antara lebih daripada 120 buah sekolah yang boleh digunakan sebagai satu saluran untuk release stress kerana pada zaman ini, ramai murid yang begitu tertekan untuk meraih keputusan yang cemerlang.

Pada masa yang sama, usaha ini telah menobatkan kami sebagai pemegang rekod The Malaysia Book Of Records untuk ‘Most Wall Murals In A Branding Campaign’.”

“Gardenia QuickBites turut berbesar hati kerana dapat menyediakan platform dengan kolaborasi bersama Kementerian Pendidikan Malaysia untuk murid-murid bekerjasama dan bersatu-padu dalam menghasilkan karya mural paling kreatif dan cantik serta dapat mewujudkan suasana yang lebih ceria apabila berada di sekolah.

Selain daripada dapat mewujudkan semangat daya saing yang sihat dalam diri murid, kami yakin bahawa aktiviti sebegini dapat menzahirkan rasa ceria dan membina kenangan yang menyeronokkan dalam diri murid dan guru itu sendiri untuk seumur hidup, selaras dengan teras utama QuickBites; Serlahkan Keceriaan,” ujarnya lagi.

Pertandingan Mural ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal. Serlahkan Keceriaan Bersama Gardenia QuickBites’

Pertandingan mural tersebut telah berlangsung dalam tempoh tiga bulan bermula Februari hingga Mei yang lalu dan sekolah yang mengambil bahagian perlu memilih kawasan yang sesuai dan melaksanakan secara berkumpulan melibatkan penglibatan antara murid dan pemantauan guru.

Mural bertemakan ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’ perlu dihantar kepada pihak QuickBites pada 24 Mei yang lalu untuk sesi penilaian, dan keputusan pemenang telah diumumkan dalam Majlis Penyampaian Anugerah QuickBites 2024 tersebut. Senarai Penerima Anugerah QuickBites 2024 ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’ adalah seperti berikut:

quickbites the malaysia book of records

“QuickBites akan sedaya upaya terus komited menganjurkan program-program seumpama ini di peringkat komuniti untuk menyampaikan mesej positif tentang kepentingan kesihatan mental dan kecergasan fizikal khususnya dalam kalangan bakal pemimpin masa depan,” tambah Lavinia lagi.

QuickBites terdapat dalam sepuluh (10) variasi perisa kegemaran termasuk Roti Krim Vanila, Roti Krim Jagung, Roti Krim Coklat, Roti Krim Butter Sugar, Roti Krim Black Forest, Roti Krim Karamel Masin, Roti Krim Coklat Kacang Hazel, Roti Krim Pandan Gula Melaka, Ban Butter Toffee dan Ban Kacang Merah yang boleh didapati di kedai-kedai di seluruh Semenanjung Malaysia.

Nurul Naqiyah