Siakap Keli
Ibu Fadhlina meninggal dunia
Sumber: Sinar Harian

Ibu Fadhlina Sidek Meninggal Dunia

Ibu Fadhlina Sidek Meninggal Dunia

Ibu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, iaitu Datin Dr. Siti Zalikhah Md Nor telah disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 pagi, Ahad.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Menteri Pendidikan memaklumkan bahawa jenazah kini berada di Hospital Serdang dan pihak keluarga akan mengeluarkan maklumat lanjut mengenai urusan pengurusan jenazah dalam masa terdekat.

Menurutnya, Allahyarham merupakan insan yang banyak berjasa kepada nusa sebagai pendidik dan aktivis masyarakat, sejak zaman muda hingga akhir hayatnya.

“Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham Dr Siti Zalikhah Md Nor dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

“Kami juga merakamkan ucapan takziah kepada Fadhlina dan keluarga atas kehilangan ini. Semoga tabah dalam menghadapi ketentuan ilahi ini,” katanya pada Ahad.

BACA: Warga Emas Hilang Dipercayai Naik Motosikal Pergi Memancing

Sumber: Sinar Harian

Sharifah Hannah Adibah