Siakap Keli
Warga emas hilang selepas memancing
Sumber: Sinar Harian

Warga Emas Hilang Dipercayai Naik Motosikal Pergi Memancing

Warga Emas Hilang Dipercayai Naik Motosikal Pergi Memancing

Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Parit Haji Tahir, Bagan Datuk pada petang Sabtu.

Menurut anaknya, Muhammad Fitri Abdullah, 39, bapanya, Abdullah Ismail, 75, keluar rumah untuk pergi memancing tetapi belum pulang sehingga kini.

Bapanya keluar bersendirian dengan menaiki motosikal jenis SYM bernombor pendaftaran AKW 5340 berwarna kuning.

“Ayah tinggal berdua dengan mak sahaja. Memang dia selalu keluar dan sebelum ini pernah hilang tetapi ada orang jumpa. Tapi kali ini dia tak balik sampai sekarang. Itu yang merisaukan kami sekeluarga.

“Semalam kira-kira jam 3 petang ada orang nampak dia bawa pancing lalu kawasan Sungai Dulang dan kali terakhir sepupu saya nampak dia di Bagan Pasir lebih kurang jam 6 petang,” katanya pada Ahad.

Muhammad Fitri berkata, bapanya membawa telefon baru dengan nombor berbeza, menyebabkan ahli keluarga tidak dapat menghubunginya.

Jelasnya, kesemua ahli keluarga sedang berusaha mencari sehingga ke Teluk Intan serta membuat hebahan melalui media sosial, namun pencarian masih belum berhasil.

Tambahnya, laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat jika bapanya masih belum ditemui bagi mendapatkan bantuan pihak berkuasa untuk mengesan warga emas tersebut.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu tersebut boleh menghubungi Muhammad Fitri di talian 011-21305331.

BACA: Tragedi Aidiladha: Kemalangan Ragut Nyawa Dua Beradik

Sumber: Sinar Harian

Sharifah Hannah Adibah