Siakap Keli
fungsi besi penutup minyak
Gambar: TikTok @altimatautogarage

Bertahun-Tahun Guna, Baru Tahu Ni Fungsi Besi Di Penutup Tangki Minyak Kereta

Bertahun-Tahun Guna, Baru Tahu Ni Fungsi Besi Di Penutup Tangki Minyak Kereta

Seperti yang diketahui, minyak petrol menjadi sumber bahan bakar buat kenderaan sejak puluhan tahun. Disebabkan itu, banyak stesen minyak dibina di pelbagai kawasan termasuk kawasan pedalaman.

Kita mungkin akan singgah ke stesen minyak sekali atau lebih untuk mengisi bahan bakar ini dalam seminggu, bergantung pada cara penggunaan.

Sebagai pemandu kereta, sudah tentunya kita perlu mengambil tahu beberapa komponen dan perkara asas kereta termasuklah cara mengisi minyak.

Meskipun terlihat mudah, hanya membuka penutup tangki dan memasukkan nozel pada salur minyak kereta, tetapi masih ramai yang terlepas pandang mengenai fungsi komponen yang terdapat pada tangki minyak ini.

Sehubungan itu, SK akan bawakan perkongsian yang bermanfaat oleh pemilik akaun TikTok @altimatautogarage di bawah.

Gambar: TikTok @altimatautogarage

Rupanya Ini Fungsi Besi Di Penutup Minyak

Dalam video ini, seorang lelaki mendedahkan terdapat penyangkut besi yang direka khas pada bahagian dalam penutup tangki.

Katannya, besi berkenaan direka khas untuk memudahkan pemandu sewaktu mengisi minyak kereta, iaitu dengan menyangkut tali penutup minyak kereta.

Difahamkan, besi ini terdapat pada semua jenis kereta namun setiap model kereta adalah berbeza penyangkut besi tersebut.

“Bila buka penutup minyak, selepas itu tali ini masukkan je macam ni (sangkut), kan kemas macam ini. Barulah isi minyak.

“Bila buat macam ini, dia akan nampak lebih kemas dan lebih selamat. Dan juga tali ini akan tahan lebih lama berbanding kalau biarkan tergantung,” ujarnya dalam klip itu.

BACA: Kenapa Tak boleh Isi Penuh Tangki Air Kereta? Ini Sebabnya

Gambar: TikTok @altimatautogarage

Tambahnya, cara ini juga dapat mengelakkan tali penutup minyak hilang atau tidak tahan lama atau lebih teruk penutup tangki tercicir.

Selain itu, membiarkan penutup tangki minyak tergantung juga berisiko merosakkan cat kereta.

“Lagi satu, kalau biarkan tergantung macam ini, lepastu biarkan terhentak-hentak, mungkin lama-lama nanti cat kereta pun rosak, ada calar- calar dekat kereta,” katanya lagi.

Semoga bermanfaat.

@altimatautogarage

Pakai kereta bertahun-tahun, tapi benda kecik ni pun tak tahu !! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelkeretakuang #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelserviceaircondkereta #bengkelrepairaircondkereta #aircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifindonesia #altimatautogarage #petronaskuang

♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage

Sumber: TikTok @altimatautogarage

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?