Siakap Keli
Penyokong Albania patahkan spaghetti
Kredit: Men in Blazers via X

Penyokong Albania Patahkan ‘Spaghetti’ Depan Penyokong Itali

Penyokong Albania Patahkan ‘Spaghetti’ Depan Penyokong Itali

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video ‘menghiburkan’ para peminat bola sepak apabila penyokong pasukan Itali dan Albania berkumpul sebelum perlawanan kedua-dua pasukan dalam kejohanan pada Sabtu.

Kredit: Men in Blazers via X
Kredit: Men in Blazers via X

Berdasarkan video itu, kelihatan penyokong kedua-dua pasukan seolah-olah sedang “berlawan mulut” mungkin untuk provokasi.

Bagaimanapun, tiada kejadian ‘ganas’ seperti pergaduhan yang sering kali kita dengari berlaku meskipun mereka menyokong dua pasukan yang berbeza.

Menariknya, suasana meriah dengan mereka kelihatan senang bergurau-senda.

Dalam video tersebut, seorang peminat dengan selendang pasukan Albania dilihat berjalan ke arah penyokong Itali dan mematahkan segenggam spaghetti di hadapan mereka.

Seorang peminat yang memakai jersi pasukan Itali kemudiannya melutut dan secara bergurau meminta peminat Albania untuk tidak melakukannya.

Mereka semua kelihatan terhibur apabila spaghetti tersebut dilemparkan ke udara.

Situasi ini seharusnya dijadikan contoh oleh para peminat bola sepak di seluruh dunia. Meskipun menyokong pasukan yang berbeza, itu tidak boleh menjadi alasan untuk bertindak di luar batas.

Itali menang tipis 2-1 menentang Albania

Dalam perlawanan sengit pada Sabtu itu, “gol 23 saat” yang dijaringkan oleh bintang Albania, Nedim Bajrami kini dicatatkan sebagai gol terpantas dalam sejarah Kejohanan Eropah.

Bajrami, memanfaatkan lontaran lemah oleh pemain Itali, Federico Dimarco, sebelum melepaskan rembatan ke dalam gawang menentang juara bertahan.

Bagaimanapun, Itali berjaya membalikkan keadaan dengan menyamakan kedudukan melalui Bastoni pada minit ke-11 sebelum Nicolo Barella meledak gol kemenangan Azzurri pada minit ke-16.

BACA: Nedim Bajrami Lakar Sejarah, “Gol 23 Saat” Rekod Gol Terpantas Dalam Sejarah Euro

Sumber: Men in Blazers via X

Sharifah Hannah Adibah