Siakap Keli
hock kee kopitiam halal

Hock Kee Kopitiam Kini Memperoleh Pensijilan Halal

Hock Kee Kopitiam Kini Memperoleh Pensijilan Halal

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – 19 Jun 2024 – Hock Kee Kopitiam yang terkenal  sebagai penyedia makanan warisan serta kepelbagaian kulinari dengan bangganya  mengumumkan telah memperoleh pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Hock Kee Kopitiam diraikan dan menjadi pilihan ramai kerana citarasa nostalgianya  menerusi hidangan lokal dan Nanyang membawa kegembiraan yang luar biasa di  dalam setiap makanan yang disajikan. Diilhamkan daripada ‘tempat perjumpaan’ pada  suatu masa dahulu, Hock Kee Kopitiam dibuka bertujuan menyatukan orang ramai dan  meraikan legasi dan warisan di dalam setiap hidangan mereka.

Restoran ini sentiasa  berprinsipkan polisi ‘tidak menggunakan daging khinzir’ dan ‘tanpa lemak khinzir’ di  dalam semua hidangan mereka.  

hock kee kopitiam halal

hock kee kopitiam halal

hock kee kopitiam halal

Dengan misi untuk membawa citarasa asli Malaysia kepada khalayak ramai, Hock Kee  Kopitiam telah berkembang dengan pesat sepanjang beberapa tahun ini. Pada hari ini,  kopitiam ini mempunyai enam cawangan yang beroperasi di seluruh negara  termasuklah satu restoran terbaharunya yang kini dibuka di Kota Damansara.  

Tidak hanya itu, satu lagi cawangan terbaharu Hock Kee Kopitiam akan dibuka di Tuah 1985, Kuala Lumpur. Tanpa mengira keunikan rasa asli ‘kopi bing’ atau latte stail  mewah, Hock Kee Kopitiam sentiasa membancuh minuman kegemaran anda dengan  rasa cinta, kegembiraan dan kebahagiaan.  

Dengan menu yang memenuhi semua keinginan daripada sarapan pagi sehingga ke larut malam, Hock Kee Kopitiam telah dinobatkan sebagai destinasi makanan buat seluruh rakyat Malaysia. 

Nurul Naqiyah