Siakap Keli
nightmares and daydreams
Kredit: Joko Anwar

Top 10 Di Netflix Malaysia, Nightmares And Daydreams Berjaya Pukau Penonton

Top 10 Di Netflix Malaysia, Nightmares And Daydreams Berjaya Pukau Penonton

Penulis dan pengarah terkenal dari seberang, Joko Anwar telah menghasilkan siri Netflix terbaru berunsurkan mistik dan fiksyen sains. Siri bertajuk Joko Anwar’s Nightmares and Daydreams ini turut disulami interaksi manusia yang penuh perasaan. Joko mempersembahkan gaya tersendirinya dalam siri ngeri ini merentasi tujuh episod dengan setiap satunya menampilkan kisah berbeza yang memukau dan menghantui penonton.

Baru saja ditayangkan pada 14 Jun, siri ini terus menduduki tangga keempat rancangan yang ditonton di Netflix Malaysia dan nombor tujuh di peringkat global dengan 800,000 jumlah tontonan.

joko anwar's NAD top 10
Joko Anwar’s Nightmares and Daydreams, rancangan nombor tujuh paling banyak tontonan minggu ini. Sumber: Netflix

Nightmares and Daydreams menceritakan kisah perjalanan manusia biasa berdepan dengan fenomena mistik yang tidak pernah kita tonton sebelum ini. Setiap episod menampilkan orang biasa yang tidak sengaja terjebak dengan situasi mencabar persepsi mereka tentang realiti.

Menurut Joko, siri ini juga mengisahkan bagaimana manusia bertahan untuk hidup hari demi hari, menghadapi ketamakan golongan misteri. Dia turut memuat naik trailer rasmi siri ngeri ini di platform X.

BACA: Taylor Swift Disenarai Pemain Gitar Kelapan Terbaik Sepanjang Dua Dekad

Siri ini lengkap dengan kehadiran barisan pelakon terkenal Indonesia seperti Nirina Zubir dan Lukman Sardi, juga Ario Bayu, pelakon yang pernah memenangi pelbagai anugerah. Lakonan mereka berjaya menghidupkan watak dengan mendalam, membuatkan babak dan penceritaan yang dipertonton tampil lebih rumit.

Dari sudut pandang visual, Nightmares and Daydreams banyak bermain dengan deria penonton. Joko begitu mementingkan setiap perincian sehingga berjaya memukau penonton dengan suasana dan latar belakang yang menyeramkan. Jika anda peminat siri Black Mirror atau The Twilight Zone, siri ngeri dari Indonesia ini sesuai buat anda.

Terbaru, Joko Anwar memuat naik infografik garis masa berlakunya peristiwa-peristiwa aneh berdasarkan setiap episod di platform X. Menurutnya, penonton yang telah selesai menonton boleh cuba untuk tonton semula mengikut garis masa bagi mencari ‘maklumat baru’ dalam siri ini.

garis masa setiap episod nightmares and daydreams
Garis masa berlakunya peristiwa dalam ketujuh-tujuh episod. Sumber: Joko Anwar

Perkongsian garis masa ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen malah ada juga yang sudah berjaya menangkap beberapa ‘maklumat’ sebelum infografik ini dikongsikan.

reaksi penonton NAD
Reaksi penonton Nightmares and Daydreams di platform X. Sumber: X Joko Anwar

Adakah anda cukup berani untuk tonton siri ngeri ini?

Sumber: X Joko Anwar, Netflix

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: