Siakap Keli
bilik pameran flagship habib ampang point

HABIB Takrif Semula Peruncitan Barangan Kemas Di Malaysia Dengan Evolusi Bilik Pameran Flagship HABIB Ampang Point

HABIB Takrif Semula Peruncitan Barangan Kemas Di Malaysia Dengan Evolusi Bilik Pameran Flagship HABIB Ampang Point

Ampang, 20 Jun 2024 – Sejak 66 tahun lalu, HABIB, jenama barangan kemas terkemuka di Malaysia telah membina reputasi dalam industri kerana berani mencabar status quo. Pada tahun 1986, HABIB telah meninggalkan budaya tradisional peruncitan barangan kemas dengan memperkenalkan konsep kaunter terbuka, yang kini menjadi kebiasaan di seluruh Malaysia.

Kini, pada tahun 2024, HABIB sekali lagi meningkatkan standard – dan mentakrif semula – masa depan peruncitan barangan kemas di Malaysia, dengan pelancaran bilik pameran Flagship terbarunya di HABIB Ampang Point.

“Pertama kali dibuka pada tahun 1993, HABIB Ampang Point yang telah berkhidmat sebagai bilik pameran dan ibu pejabat HABIB, memegang tempat istimewa di hati ramai pelanggan. Kami berbangga untuk menampilkan reka bentuk bilik pameran kontemporari baharu kami yang mengiktiraf perubahan citarasa dan keperluan pelanggan kami,” ujar Dato’ Sri Meer, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB.

Rekaan Flagship Store baharu memperkenalkan ruangan yang lebih luas, pengalaman membeli belah yang lebih selesa dan peribadi untuk para pelanggan di ruangan yang sama seperti sebelum ini. Ia juga mempunyai ruangan tertutup khas untuk pelanggan mendapatkan konsultasi barangan kemas secara lebih peribadi dan dekat.

bilik pameran flagship habib ampang point

Setiap aspek reka bentuk dalaman – daripada pencahayaan, kaunter, siling dan fasad – diilhamkan daripada geometri batu permata yang memukau. Wajah baharu HABIB Ampang Point mempamerkan kemewahan, rekaan kontemporari dan memastikan suasana persekitaran yang lebih baik berbanding sebelum ini agar pelanggan dapat menikmati pengalaman membeli belah yang lebih bermakna.

Lokasi strategik di aras bawah Ibu Pejabat HABIB membolehkan Flagship Store ini mempamerkan rangkaian koleksi barangan kemas yang eksklusif yang pelbagai, seperti batu permata, rekaan barangan kemas yang ditempah khas, jongkong emas untuk pelaburan, barangan kemas Oro Italia 916 serta jenama antarabangsa terkenal seperti Heart On Fire dan Stephen Webster.

bilik pameran flagship habib ampang point

Bagi menandakan peristiwa bermakna ini, wajah baharu HABIB Ampang Point telah dirasmikan hari ini oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor, bersama Dato’ Sri Meer, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, dan Datin Sri Zarida Noordin, Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB dengan kehadiran Dr. Ani Binti Ahmad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), tetamu kehormat dan rakan-rakan media.

Bilik Pameran Flagship HABIB Ampang Point adalah yang pertama daripada kedai generasi seterusnya (Next Generation Stores) – berdiri sebagai bukti komitmen berterusan HABIB terhadap inovasi dan kepuasan pelanggan. Ianya juga merupakan sebahagian daripada strategi transformasi yang lebih besar.

bilik pameran flagship habib ampang point

Pada masa ini dalam proses pengubahsuaian adalah Flagship Store KLCC, yang akan dibuka semula pada Julai 2024, dan bilik pameran Alamanda pada Ogos 2024. Bilik pameran generasi (Next Generation Stores) yang akan datang ini akan meneruskan legasi HABIB sebagai destinasi pilihan semua pencinta barang kemas.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi kami di www.habibjewels.com dan ikuti media sosial rasmi HABIB di Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial), Facebook dan LinkedIn (@HABIB) untuk maklumat terkini.

Nurul Naqiyah