Siakap Keli

“Nampak Benda Merangkak Dalam Gelap,” Pengunjung Dedah Lihat Kelibat Seram Tepi Pantai

Siapa je yang tak suka bercuti, betul tak? Min yakin yang ramai antara kita sebenarnya gemar untuk bercuti. Mana tidaknya, dengan bercutilah kita dapat luangkan masa bersama keluarga tersayang di samping melepaskan segala tekanan kerja.

Nak dijadikan cerita, ada seorang pengunjung telah berkongsi kepada Siakap Keli pengalaman percutiannya yang agak ‘menyeramkan’ di Pulau Redang beberapa hari lepas.

Jelas pengunjung bernama Iman (bukan nama sebenar), dia terlihat kelibat misteri di tepi pantai sewaktu mengambil angin malam di pulau berkenaan bersama seorang rakan.

Alangkah terkejutnya mereka apabila ternampak kelibat sesuatu merangkak dalam kegelapan malam di tepi pantai tersebut. Mereka yang ketakutan kemudian terus bergegas masuk ke dalam chalet.

Sesuatu merangkak dalam gelap

Salam min, aku nak kongsi satu pengalaman seram yang aku pernah lalui. Terima kasih kalau kau share story aku. Baru-baru ni aku pergi bercuti utk 2-3 hari kat Pulau Redang dengan sorang member aku. Satu malam tu, aku dgn member aku saja melepak tepi pantai. Saja nak ‘feel’ angin malam org kata. Sambil2 tengok bintang.

Tengah seronok melepak, boleh pulak kitorang nampak ada benda merangkak dalam gelap dekat area tepi pantai. Dah la time tu ada kitorang je kat situ! Slow je dia merangkak, tapi makin dekat dgn port kami. Tak sempat fikir apa, mencicit kitorang lari masuk chalet.

Esok paginya, aku try tanya pekerja chalet dekat situ kot la ada benda-benda seram pernah berlaku kat sini. Aku pun cerita la yang kitorang nampak ada kelibat tengah merangkak kat pantai semalam.

Kau nak tahu tak, dia gelakkan je kitorang, min. Kurang hasam betul. Katanya, entah2 kelibat penyu je. 

“Entah2 penyu je yang kau tengok tu. Memang tengah musim bertelur pun sekarang ni.” Lebih kurang macam tu dia cakap. 

Aku & member aku tak puas hati. Kitorang pergi balik check tempat kami nampak kelibat tu semalam. Fine, memang ada kesan pasir kena korek. So kitorang tertipu dengan penyu lah ni. 

 Bila fikir balik, memang logik la sebab penyu biasa bertelur antara April – November tiap tahun. Dan Pulau Redang ni pulak memang port diorang bertelur. Kira ‘rezeki’ kami lah jumpa penyu semalam. Kalau tahu penyu, aku dah skodeng dah dari jauh. Bukan senang nak tengok dia bertelur depan mata.

Penyu Singgah Bertelur, Berisiko Untuk Pupus?

Bercakap tentang penyu bertelur, korang tahu tak yang di Malaysia ni negeri Terengganu merupakan negeri yang menjadi destinasi pilihan mereka untuk bertelur.

Tahun lepas je, kehadiran penyu di sekitar pantai Terengganu telah mencatatkan jumlah sebanyak 10,000 ekor.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), ada 4 jenis penyu yang didapati telah memilih Terengganu untuk bertelur iaitu Penyu Belimbing, Penyu Lipas, Penyu Karah dan Penyu Agar.

Namun, awal tahun ini kita dikejutkan dengan kejadian di mana penyu Malaysia ‘lari’ bertelur ke Vietnam. Perkara ini ternyata amat merisaukan ramai pihak kerana kita tahu betapa pentingnya peranan penyu ini.

Bukan hanya ‘lari’, malahan, beberapa kes kematian penyu telah dicatatkan pada tahun ini terutamanya Terengganu di mana sebanyak 5 ekor penyu telah mati bagi tempoh 5 bulan pertama.

Antara punca kematian haiwan tersebut adalah tersangkut pada pukat nelayan, kemalangan akibat kipas bot pelancong, kecurian telur, dan pembuangan sisa plastik di laut.

AmanahRaya Berhad Selamatkan Penyu, Terumbu Karang di Pulau Redang

Untuk mengatasi masalah ini, Amanah Raya Berhad dan AmanahRaya Trustees Berhad menerusi Yayasan AmanahRaya telah menjalankan satu program konservasi penyu serta terumbu karang di Pulau Redang.

Program konservasi penyu dan terumbu karang sangat penting kerana ia mampu mengekalkan kesihatan dan kestabilan ekosistem perairan di Malaysia.

Merangkak Dalam Gelap

Bermula pada 20 Jun 2024 sehingga 23 Jun 2024, sekitar 80 orang staf AmanahRaya telah menyertai Program Tanggungjawab Sosial Korporat ini.

Program ini juga telah mendapat sokongan daripada Balai Polis Redang yang dihadiri oleh Ketua Balai Polis Pulau Redang, Sub Inspector 131792 Roslee Bin Yaacub bersama lebih 8 anggota untuk mengiringi sukarelawan AmanahRaya sepanjang program.

Sepanjang 3 hari tersebut, ada aktiviti-aktiviti penting yang dijalankan seperti Penyemaian Benih Terumbu Karang dan Konservasi Penyu yang diadakan pada 21 & 22 Jun 2024. Tak lupa juga sesi Pembersihan Pantai pada akhir program bagi memastikan pantai-pantai di sekitar Pulau Redang sentiasa bersih serta memudahkan proses penyu-penyu bertelur di pulau tersebut.

Merangkak Dalam Gelap

Diharapkan dengan adanya program-program seperti ini kita dapat memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda mengenai kepentingan pemuliharaan penyu dan terumbu karang.

Merangkak Dalam Gelap

Mungkin sekarang kita tak nampak, tetapi kepupusan penyu dan terumbu karang mampu beri impak yang besar kelak bukan sahaja kepada ekosistem marin, malahan juga kepada masyarakat yang banyak bergantung harap kepada sumber lautan untuk kelangsungan hidup.

Adib Mohd

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: