Siakap Keli
pakej umrah diy rm5990

Pakej Umrah Harga DIY RM5990

Pakej Umrah Harga DIY RM5990

KUALA LUMPUR, 21 JUN 2024– Juara Travel & Tours Sdn Bhd akan mengadakan sidang media bagi pelancaran pakej umrah terbaru mereka iaitu PAKEJ UMRAH DIY, Umrah Terbimbing Kebajikan Terjamin (10 hari 8 malam) yang bernilai RM5990. 

Dengan deposit hanya serendah RM700 sahaja, pakej Umrah DIY ini menampilkan kelainan di mana walaupun  harga pakej yang murah, namun para jemaah masih tetap akan diberi layanan, bimbingan dan kebajikan oleh  para petugas sepanjang program Umrah berlangsung.

Tambahan pula tarikh penerbangan yang ditawarkan  adalah pada musim cuti sekolah iaitu 27,28 dan 29 Disember 2024 dengan menaiki penerbangan Saudi Airlines  yang ‘confirm terbang’ terus ke Jeddah. 

Walaupun, harga pakej yang murah tetapi Juara Travel & Tours masih memberikan kelebihan di dalam pakej ini  seperti musim cuti sekolah, penerbangan terus tanpa transit di mana-mana negara, penggunaan visa Umrah  100% perlindungan insurans, dibekalkan seorang pembimbing Umrah berpengalaman yang akan mengetuai  kumpulan jemaah dan bantuan khidmat kakitangan di Tanah Suci yang mampu mempermudahkan urusan para  jemaah sepanjang berada di sana, maka amat sesuailah dengan tema Pakej Macam DIY tetapi Umrah  Terbimbing Kebajikan Terjamin. 

pakej umrah diy rm5990

pakej umrah diy rm5990

Dengan pelancaran pakej umrah terbaru ini, para jemaah yang berhajat untuk menunaikan umrah secara DIY,  kini akan merasa lebih selamat dan terjamin kerana risiko berlakunya penipuan dapat dielakkan. 

Juara Travel & Tours Sdn Bhd merupakan sebuah agensi pelancongan yang berpengalaman selama 25 tahun  dalam menguruskan jemaah umrah dan telah berjaya menerbangkan lebih dari 90,000 jemaah dalam tempoh tersebut.

Tambahan pula, Juara Travel & Tours Sdn Bhd merupakan syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang  diiktiraf dan dilesen Lembaga Tabung Haji (TH) serta berjaya mendapat skor markah penilaian tahap operasi di  Tanah Suci melebihi 90% selama 5 tahun berturut turut. 

Nurul Naqiyah