Kalau Darah Merah, Kenapa Urat Bawah Kulit Kelihatan Warna Biru? Ini Jawapannya
Darah adalah cecair yang beredar melalui jantung, arteri, vena atau urat dan kapileri dalam tubuh badan serta sangat penting untuk kehidupan.
Menurut portal Hello Doktor, antara fungsi darah adalah membawa nutrisi, elektrolit, hormon, vitamin dan antibodi dalam tisu badan.
Sel darah merah mempunyai fungsi tersendiri
Biasanya, darah manusia dikelaskan dalam beberapa kumpulan dan yang umum kita selalu dengar adalah darah jenis A, B, AB dan O.
Darah-darah ini pada padangan mata pula kelihatan berwarna merah, merah cerah atau merah gelap.
Namun begitu, pernah tak anda terfikir, mengapa urat yang menjadi saluran pembawa darah selalu kelihatan berwarna biru dibawah kulit?
Padahal, sepatutnya urat akan kelihatan berwarna merah kerana darah yang diangkut berwarna berkenaan, kan?
Justeru, kali ini SK ingin berkongsi dengan anda kenapa urat pada tubuh badan kelihatan berwarna biru dan bukannya berwarna merah seperti darah.
Darah berwarna merah menyebabkan urat kelihatan berwarna biru atau hijau
Menurut West Texas A&M University, urat sebenarnya adalah tidak berwarna dan bukannya berwarna biru.
Malah, darah ketika berada dalam badan juga tidak berwarna biru. Darah yang membawa bekalan oksigen akan kelihatan berwarna merah cerah, manakala darah yang tidak mengandungi oksigen akan kelihatan merah gelap.
Begitupun, mengapa mata kita masih melihat urat berwarna biru? Ini kerana kita melihat urat menerusi lapisan kulit dan lemak badan, bukannya secara terus.
Menurut portal Texas Vein & Wellnass pula, kulit dan urat bertindak menyerap, memantulkan serta menyebarkan cahaya yang kena pada badan.
Seperti kita sedia maklum, cahaya terdiri daripada panjang gelombang cahaya yang berbeza, selari dengan spektrum pelangi. Panjang gelombang cahaya merah dapat bergerak merentasi jarak paling jauh, manakala panjang gelombang violet adalah yang paling dekat.
Warna objek bergantung kepada panjang gelombang cahaya yang diserap dan dipantulkan
Warna yang ditampilkan sesuatu objek pula bergantung kepada panjang gelombang cahaya mana yang diserap dan dipantulkan.
Semasa cahaya mengenai kulit, panjang gelombang cahaya merah dapat bergerak lebih jauh merentasi kulit berbanding panjang gelombang cahaya biru.
Panjang gelombang cahaya merah ini pula kemudian diserap oleh hemoglobin dalam darah dan menampakkan ia berwarna merah.
Memandangkan panjang gelombang cahaya biru tidak dapat bergerak jauh, maka ia diserakkan semula oleh kulit dan urat.
Akhirnya, panjang gelombang biru itu dipantulkan semula ke mata dan menampakkan urat berwarna biru.
Kita hanya dapat melihat urat dibawah kulit kerana ia saluran darah yang paling besar dan tebal, berbanding ateri dan kapileri yang lebih kecil.
BACA: Anggota Polis Maut Van Dipandu Dihempap Pokok Tumbang Di Lahad Datu
Sumber: Science ABC, Hello Doktor