Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Terumbu karang haiwan
Gambar: BERNAMA
Tiada Kategori

Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Iqbal Yasir

Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Sebut sahaja tumbuhan marin, tentunya terlintas dalam fikiran kita iaitu alga, rumput laut termasuk terumbu karang.

Sebenarnya sangkaan itu tidak benar, tahukah anda terumbu karang sebenarnya dikategorikan sebagai sejenis organisma hidup? Ia sama seperti haiwan laut lain walaupun kelihatan seperti batuan laut.

Menurut National Ocean Service, batu karang merupakan sejenis haiwan kerana ia tidak mengeluarkan makanan seperti tumbuhan lain. Ini kerana terumbu karang bersimbiosis dengan hidupan alga.

Perkataan “Terumbu” sendiri merujuk kepada batuan sedimen dari kapur atau kalsium karbonat yang dihasilkan.

Manakala kebanyakan struktur yang kita panggil “Karang” sebenarnya terdiri daripada ratusan hingga ribuan koloni organisma kecil yang dipanggil “Polip”.

Polip-polip yang melekat pada terumbu inilah berfungsi merembeskan batu kapur (kalsium karbonat).

Terumbu karang terdiri daripada dua jenis iaitu karang keras dan karang lembut, yang membiak seperti hidupan lain melalui kaedah belahan dedua.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang belum sedar akan kepentingan terumbu karang ini dalam ekosistem marin termasuk manusia.

Jadi, mari min nak kongsikan kepentingan pemuliharaan terumbu karang ini di bawah.

Mengekalkan sumber perikanan

Terumbu karang sangat penting untuk kawasan pembiakan dan menjadi kawasan perlindungan khas kepada flora serta fauna akuatik. Kawasan ini menyediakan turut menyediakan sumber makanan kepada ikan-ikan.

Tahukah anda sebenarnya 30 peratus ikan yang ditangkap di Malaysia bergantung kepada haiwan ini.

Dengan terpeliharanya terumbu karang, ia secara tidak langsung dapat menyediakan sektor perikanan, kelangsungan pekerjaan nelayan dan paling penting bekalan makanan berterusan

Mengekalkan kepelbagaian biologi

Selain itu, terumbu karang adalah ekosistem paling kaya. Walau bagaimanapun, tahun demi tahun, ancaman haiwan ini meninggalkan kesan serius dalam kepelbagaian biologi global.

Melindungi perairan laut

Kehadiran terumbu karang dalam marin sangat berguna, bukan sahaja bertindak sebagai penahan hakisan pantai.

Malah, ia dapat menyerap 70-90 peratus tenaga ombak yang terhasil ketika melalui terumbu karang.

Dalam masa yang sama, batu karang yang telah mati atau pecah dapat menyuburkan pantai dan menggantikan pasir yang dihanyutkan oleh air laut.

Sumber ekopelancongan

Tidak dinafikan, terumbu karang merupakan salah satu keindahan alam semula jadi yang mempersonakan, tersergam indah berwarna-warni.

Kebanyakan terdapat di pulau-pulau percutian seperti Pulau Redang yang menjadi salah satu tarikan pelancong tidak kira tempatan mahupun dari luar.

Aktiviti menarik termasuk snorkelling, menerokai keindahan terumbu karang dapat menjana pendapatan industri pelancongan negara. Namun, ia perlu dikawal mempunyai peraturan serta pemantauan agar ekosistem ini kekal terjaga.

Tambahan lagi, penyu kebiasaannya bertelur antara April hingga November tiap tahun. Di Malaysia, pantai-pantai di sekitar negeri Terengganu menjadi destinasi tumpuan buat haiwan marin ini.

Jom pelihara ekosistem terumbu karang

Oleh itu, antara usaha yang boleh dilakukan dalam menjaga terumbu karang yang merupakan terus ekosistem marin ini termasuklah tidak membuang sampah ke dalam longkang yang seterusnya mengalir ke laut.

Selain itu, kita boleh mengelakkan daripada menggunakan produk penjagaan diri yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Bukan sahaja berisiko kepada kesihatan, tetapi ia juga membawa mudarat kepada hidupan marin pada akhirnya.

Sebaliknya, kita boleh menggunakan produk penjagaan berasaskan bahan organik yang selamat dan mesra alam.

Nak lagi best, orang ramai boleh “join” secara langsung atau menyertai aktiviti sukarelawan di bawah program konservasi.

Salah satunya Program Konservasi Penyu Serta Terumbu Karang oleh Amanah Raya Berhad dan AmanahRaya Trustees Berhad menerusi Yayasan AmanahRaya yang telah yang telah berlangsung bertempat di Pulau Redang.

Dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat yang berlangsung pada 20 Jun 2024 sehingga 23 Jun 2024 ini disertai kira-kira 80 orang staf AmanahRaya termasuk mendapat kerjasama dari Balai Polis Redang.

Ketua Balai Polis Pulau Redang, Sub Inspector 131792 Roslee Bin Yaacub turut hadir bersama lebih lapan anggota bagi mengiringi sukarelawan AmanahRaya sepanjang program ini.

Penyemaian Benih Terumbu Karang dan Konservasi Penyu antara tentatif yang dilaksanakan termasuk sesi Pembersihan Pantai pada akhir program.

Oleh itu, pemuliharaan terumbu karang adalah asas kepada ekosistem laut yang sihat. Sama-sama kita lindunginya agar generasi akan datang dapat melihat keindahan ekosistem marin yang kian terancam ini.