Siakap Keli
eskayvie kempen booster minda

Eskayvie Sasar Lahirkan 75 Ribu Pelajar Cemerlang Melalui Kempen Booster Minda

Eskayvie Sasar Lahirkan 75 Ribu Pelajar Cemerlang Melalui Kempen Booster Minda

Eskayvie, syarikat pengeluar produk kesihatan halal nombor satu di Malaysia, berbangga  dengan pencapaian ribuan pelajar yang meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran  Malaysia (SPM) 2023/2024.

Sebagai tanda penghargaan, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Eskayvie Mindtropic diadakan pada 22 Jun 2024 di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah  Alam untuk bersama-sama meraikan kejayaan para pelajar, selain menyanjung tinggi usaha  dan komitmen ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka berjaya dengan pengambilan  vitamin booster minda Eskayvie Mindtropic. 

Kriteria pelajar cemerlang Eskayvie Mindtropic yang dipilih adalah berdasarkan dua kategori  di mana kategori pertama, pelajar yang mencapai semua subjek A dalam peperiksaan SPM,  kategori kedua adalah pelajar yang mencapai peningkatan gred di dalam Peperiksaan SPM  berbanding Peperiksaan Percubaan SPM yang lepas.

eskayvie kempen booster minda

Pemilihan ini sejajar dengan usaha  Eskayvie yang sentiasa komited dalam membantu meningkatkan tahap keupayaan minda  pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran.  

“Silibus pembelajaran zaman sekarang yang semakin susah dan mencabar membuatkan  anak-anak terpaksa bergelut dan memerlukan usaha 200% untuk memastikan mereka dapat  skor dalam exam.

Bayangkan jika anak anda berjaya meningkatkan keupayaan otak berkali  ganda dengan pengambilan nutrisi yang berkesan seperti Phosphatidylserine. Ia adalah  nutrisi utama yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi otak serta melindungi sel-sel otak  akibat stres yang berlebihan. 

“Eskayvie menghasilkan vitamin booster minda iaitu Eskayvie Mindtropic, diformulasikan  menggunakan Phosphatidylserine yang dapat membantu menaikkan empat paras hormon  utama iaitu Serotonin (mengawal mood dan emosi), Dopamine (meningkatkan motivasi dan  positiviti), Norepinephrine (meningkatkan fokus dan kewaspadaan) dan Acetylcholine (memperbaiki kognitif dan memori).

Seterusnya menjadikan pelajar dan murid lebih  bersemangat untuk belajar, lebih fokus dan Insya-Allah boleh perform dan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid  Mustafa Al-Qudri. 

Anugerah Pelajar Cemerlang Eskayvie Mindtropic yang disampaikan ini bukan sekadar  kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi turut menghargai setiap  usaha keras yang dilakukan oleh setiap daripada mereka. Eskayvie menilai kejayaan bukan  sekadar di atas kertas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi juga menerusi  sokongan yang diberikan oleh ibu bapa. 

eskayvie kempen booster minda

Booster Minda, kempen terbaharu yang dilancarkan oleh Eskayvie merupakan satu inisiatif  hebat bagi membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam pelajaran menerusi Eskayvie  Mindtropic dan Eskayvie Mindtropic Junior.

Kempen ini menawarkan sokongan komprehensif  menerusi tiga inisiatif utama iaitu yang pertama, pengambilan nutrisi yang seimbang bagi  menyokong fungsi kognitif, yang kedua menyediakan sokongan pembelajaran dan yang  ketiga menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam menyokong pembelajaran anak-anak yang  lebih positif. 

“Sebagai ibu bapa, kita tak sampai hati melihat anak-anak kita struggle. Melalui inisiatif yang telah disusun oleh Eskayvie, kita akan membantu para pelajar untuk mencapai  kecemerlangan dalam pelajaran.

Alhamdulillah Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Mindtropic Junior adalah solusi kepada kegusaran ibu bapa dan bantuan kepada murid dan pelajar untuk  perkembangan minda mereka.  

“Dengan wujudnya kempen Booster Minda ini, kami mensasarkan untuk lahirkan 75 ribu  pelajar cemerlang. Insya-Allah lebih ramai masyarakat akan didedahkan tentang kepentingan pengambilan nutrisi melalui program kesedaran, pendidikan dan seminar-seminar yang akan  diadakan dari semasa ke semasa.

Saya berbangga dengan ibu bapa yang berikhtiar dengan  Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Mindtropic Junior untuk menyokong pembelajaran anak anak mereka,” kata Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed. 

eskayvie kempen booster minda

Semua pelajar yang dijemput hadir untuk menerima penghargaan ini datang dari seluruh  Malaysia dan mempunyai latar belakang hidup yang berbeza-beza.

Tiada diskriminasi dalam  pendidikan, Eskayvie optimis bahawa tahap kecerdasan minda pelajar sentiasa dapat  ditingkatkan dengan pengambilan Eskayvie Mindtropic yang mengandungi bahan nootropik  (penggalak minda) dan bahan adaptogen (mengawal stres) seperti Phosphatidylserine,  Ashwagandha KSM-66®, Bacopa monnieri, Selenium dan Magnesium.

Nutrisi hebat ini  membantu dalam menguatkan memori yang tajam serta meningkatkan kapasiti minda yang  lebih besar dan hebat. Majlis anugerah diserikan dengan kehadiran CEO Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed dan Duta Eskayvie, Datuk Aznil  Haji Nawawi. 

Bagi mendapatkan produk keluaran Eskayvie dan maklumat lanjut tentang Eskayvie Mindtropic, sila layari boosterminda.com 

Nurul Naqiyah