Siakap Keli

Jangan Tunggang Isu BlackRock Bagi Wujudkan Persepsi Jahat – Fahmi

Tindakan beberapa pihak memanfaatkan isu penyertaan BlackRock Inc dalam penstrukturan semula kepentingan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) untuk tujuan politik merupakan satu tindakan bertujuan memicu persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengecam tindakan dan menyifatkannya sebagai a very short sighted approach, merupakan pendekatan boleh merosakkan perancangan negara.

“Mereka yang cuba menunggang isu ini tidak melihat kepada kepentingan menambah baik mutu perkhidmatan di lapangan terbang.

Menurut beliau, BlackRock tiada kaitan secara langsung dengan perbincangan antara MAHB dan Global Infrastructure Partners (GIP), syarikat yang dirasakan mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk membantu memulihkan dan menambah baik lapangan terbang.

Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, menjelaskan bahawa BlackRock adalah pelabur institusi global yang memiliki saham di pelbagai perusahaan di seluruh dunia, bukan hanya di Malaysia.

“70 peratus saham entiti dipegang Khazah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan golden share, selebihnya kepada GIP, dan tiada saham dijual kepada BlackRock,” tambah Fahmi menjelaskan isu berikutan penstrukturan semula MAHB.

Beliau turut menekankan bahawa semua keputusan strategik dalam MAHB masih di bawah kendalian penuh kerajaan Malaysia. Hal ini termasuk menentukan pemilihan jawatan-jawatan penting termasuk pengerusi, ketua pegawai eksekutif, dan memastikan tiada mana-mana petugas akan dibuang kerja.

Tambahnya lagi, isu ini telah dibincangkan pada peringkat Jemaah Menteri dan setakat ini tidak berlaku sebarang pencanggahan antara parti dalam Kerjaan Perpaduan berhubung isu itu dan ia masih boleh dibincangkan sekiranya terdapat masalah.

Beberapa hari lalu, GIP menegaskan BlackRock tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan MAHB melalui Gateway Development Alliance (GDA). – Bernama

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.