Siakap Keli
u-digital

Kolaborasi Strategik Mengenai U-Digital Antara Kementerian Digital Dan Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media UiTM  

Kolaborasi Strategik Mengenai U-Digital Antara Kementerian Digital Dan Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media UiTM

SHAH ALAM, 24 JUN 2024 – Yang Berusaha Tuan Shakib bin Ahmad Shakir, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik & Pengurusan) Kementerian Digital hari ini telah merasmikan Program U -Digitaloka dengan tema “Transforming Tomorrow”, bagi tahun 2024 yang diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Untuk makluman, Program U-Digitaloka ini merupakan program Kementerian Digital bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang dijenamakan sebagai Kempen Kesedaran U-Digital selaras dengan usaha untuk mempromosikan Kementerian Digital dan Digital First Mindset dalam
golongan muda khususnya mahasiswa.

Program yang menjurus kepada tema digitalisasi ini dilaksanakan dalam bentuk festival budaya dan perniagaan, serta dipenuhi dengan pelbagai pameran digital yang menarik, perniagaan, permainan, pertandingan dan perkongsian ilmu bersama pencipta kandungan digital terkemuka.

u-digital

Program ini merupakan antara platform terbaik dalam mendedahkan konsep kerajaan digital, masyarakat digital dan ekonomi digital kepada mahasiswa di samping menggalakkan mereka untuk meneroka potensi di pasaran digital.

Seterusnya, program ini juga menggalakkan literasi digital dalam kalangan para pelajar universiti yang memfokuskan kepada tiga elemen utama iaitu Kerajaan, Masyarakat dan Ekonomi Digital. Kempen ini bakal menyerlahkan potensi dan peluang digital dalam pelbagai industri untuk para pelajar meneroka dan memanfaatkan dalam aktiviti harian mereka.

u-digital

Turut hadir sama, Assoc. Prof. Dr. Abd. Rasid bin Abd. Rahman-Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Shah Alam, wakil-wakil Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) UiTM Shah Alam, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Digital serta mahasiswa dan mahasiswi UiTM Shah Alam.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.