Siakap Keli
kerepek nafsu
Gambar: Tiktok Kerepek Kaca Nafsu

Kerepek Kononnya Boleh Tunaikan Keinginan Masuk Pasaran, Siap Ada Artis Yang Promosikan?

Kerepek Kononnya Boleh Tunaikan Keinginan Masuk Pasaran, Siap Ada Artis Yang Promosikan?

Bayangkan, ada satu produk kerepek ajaib yang boleh buatkan segala keinginan korang tertunai. Pasti ramai yang akan berpusu-pusu membeli produk tersebut, kan? Daripada keinginan nak jadi kaya, popular, cantik dan berkuasa, semua sanggup lakukan apa saja.

Percaya tak, ada satu kerepek yang baru dilancarkan kononnya boleh memenuhi segala kehendak dan keinginan kita. Dinamakan Kerepek Kaca Nafsu, ia hanya dihasikan dalam kuantiti yang terhad dan khas untuk orang tertentu je. Dengar nama pun boleh buat meremang, kan?

Didatangkan dengan empat perisa,  Gila Kuasa, Awet Muda, Tamak Harta dan Viral Glamer, kerepek ni tak dijual di mana-mana kedai biasa. Hanya orang terpilih dan korang perlu berhati-hati dengan risiko yang korang hadapi.

Baru-baru ni, min ternampak video seorang artis terkenal mempromosikan kerepek ni di media sosial. Korang tengok sendiri videonya kat bawah ni.

@kerepekkacanafsu

Adakah anda sanggup makan Kerepek Kaca NAFSU demi mendapat keinginan nafsu anda? AKAN DATANG menemui anda. fyp tiktokmalaysia streetinterview interview public publicinterview kl challenge #KerepekKacaNafsu #NAFSU

♬ original sound – Kerepek Kaca NAFSU Baru – Kerepek Kaca NAFSU Baru

Kalau korang nak tahu, produk ni dikeluarkan sempena mempromosikan siri Viu Original terbaru bertajuk Nafsu. Korang boleh dapatkan kerepek kaca ini secara percuma di tayangan percuma episod 1 pada 29 Jun (Sabtu) dan 30 Jun (Ahad) ini di pawagam DADI, Pavilion KL.

kerepek nafsu

Nah min belanja trailer.

Tengok trailer pun dah gempak, memang siri Viu Original ni tak pernah mengecewakan. ‘Nafsu’ ni menceritakan tentang seorang wanita (Azira Shafinaz) yang mencari adiknya yang hilang dengan bantuan bekas teman lelakinya (Kamal Adli) yang merupakan seorang yang boleh melihat alam ghaib. 

Pencarian mereka berdepan cabaran dan misteri apabila bertembung dengan kumpulan ajaran sesat yang berbahaya dan mempunyai kuasa ke atas para pengikut mereka. Scene-scene rasuk, ritual memang bikin meremang beb. Siapa suka cerita seram, memang ni la cerita yang korang wajib tertunggu-tunggu.

Dengan gandingan pelakon ‘legend’ seperti Vanidah Imran, Ellie Suriaty dan Aqasha serta pengarah hebat Sein Qudsi, memang korang boleh letakkan expectation yang tinggi untuk siri ‘Nafsu’ ni.

Save the date, jangan lupa ke Pavilion KL pada 29 Jun atau 30 Jun ni untuk tayangan perdana dan nikmati Kerepek Kaca Nafsu di sana nanti atau tonton di platform Viu.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman web dan ikuti media sosial Viu di FB, IG,YouTube & TikTok.

Amira

Love yourself.