Siakap Keli

Koleksi Jam Tangan Dipakai Selebriti Terkenal, Bila “Check” Harga Rupanya Kita Satu Level

Jam tangan merupakan salah satu aksesori yang boleh melengkapkan sesebuah Outfit Of The Day (OOTD) tu. Ada sesetengah orang, kalau terlupa pakai jam tangan mesti mood akan kelaut.

Tidak kira sama ada orang biasa, kerabat, artis dan sebagainya pasti sekurang-kurangnya memakai jam tangan. Tetapi disebabkan status pangkat, mesti orang ramai akan berfikir jam tangan kebanyakan artis lebih mahal, jauh beza dengan harga jam orang biasa.

Orang selalu fikir artis pakai barangan yang harga kayangan je termasuk jam tetapi kalau nak tahu, rupanya ada je jenama yang mereka pakai yang sinonim dengan orang kebanyakan seperti kita.

Koleksi jam dipakai artis antarabangsa

Walaupun sudah mencipta nama di persada dunia, tetapi jam tangan yang dipakai oleh selebriti antarabangsa harga masih mampu milik seperti yang digunakan oleh orang ramai.

Kebiasaannya, jam yang dipakai adalah mengikut gaya pemakaian yang mampu menjadikan OOTD terlihat lebih luar biasa.

1. Pemain bola sepak

Cristiano Ronaldo

jam tangan selebriti
Gambar: @cristiano/X

Pada Mac lalu, Ronaldo dilihat memakai jam tangan G-Shock DW-6900 bertatahkan berlian di salah satu perkongsiannya di platform X. Bintang bola sepak itu memaparkan senyuman lebar dan tidak dinafikan jam tangan yang dipakainya menarik perhatian orang ramai.

Ronaldo yang terkenal dengan imej lelaki maskulin tidak menjadikan ia sebagai halangan untuk memakai warna pink yang sudah sinonim dengan wanita.

Andrés Iniesta

jam tangan selebriti
Gambar: G-Shock

Baru-baru ini, pemain bola sepak Sepanyol, Andrés Iniesta turut dlihat menjadikan jam tangan jenama tersebut sebagai penggunaan harian. Casio telah mengeluarkan edisi terhad G-Shock DW-5600AI-1 yang menampilkan Iniesta sebagai duta jenama jam itu.

Sekiranya dilihat dengan teliti, nama pemain tersebut turut dicetak selain figuranya diletakkan sebagai latar belakang jam itu. Tidak hanya itu, tandatangannya juga terukir pada bahagian tali.

2. Selebriti Hollywood

Ed Sheeran

Gambar: GQ, Debra L Rothenberg

Tidak kurang juga, selebriti terkenal antarabangsa yang popular dengan lagu Perfect, Ed Sheeran yang memakai G-Shock berwarna kuning dalam salah satu video TikTok. Penyanyi tersebut memakai jam tangan G-Shock semasa persembahannya di Kings Theatre di Brooklyn pada April lalu.

Chris Patt & Michael B. Jordan

jam tangan selebriti
Gambar: G-Central, G-Shock

Sementara itu, Chris Patt yang merupakan watak utama dalam filem Jurassic World: Fallen Kingdom turut dilihat menggayakan jam tangan Casio G-Shock yang dikenal pasti model GA-700.

Gambar: G-Central, G-Shock

Kemudian, selebriti antarabangsa Michael B.Jordan juga memiliki jam tangan G-Shock GW-7900B-1 dan memakainya dalam filem yang mereka berlakon. Untuk Michael dia memakainya dalam filem Without Remorse.

PewDiePie

Gambar: G-Central, G-Shock

Terkenal dengan membuat video di Youtube, PewDiePie dilihat telah mengenakan jam tangan Casio G-Shock GW-5000 dalam video terbarunya. Kalau perasan, bintang Youtuber itu sering memakai jam tangan dan ia adalah dari jenama yang sama namun model yang berbeza.

Dalam videonya yang bertajuk “Perjalanan Musim Sejuk Kami!” dia menunjukkan G-Shock DW-H5600 yang diberikan isterinya pada Hari Valentine.

3. Selebriti Asia

Kpop Idols, Itzy

jam tangan selebriti
Gambar: G-Central, G-Shock

Kumpulan k-pop Korea Selatan, Itzy yang terkenal dengan gaya Y2K menggunakan jam tangan G-Shock, koleksi Pink Metalik.

Kumpulan terkenal itu juga menjadi duta global untuk G-Shock pada awal 2023 dan telah memainkan peranan besar dalam mempromosikan jenama itu di seluruh Asia.

Sebelum ini, peminat juga melihat kumpulan k-pop itu memakai jam tangan G-Shock semasa meluangkan masa di sebuah kafe.

Kim Hyeyoon

Baru-baru ini, drama Korea Lovely Runner mencetuskan fenomena selepas ia mendapat sambutan hangat dalam kalangan orang ramai terutamanya rakyat Malaysia. Ramai yang tercari-cari jam tangan yang dipakai oleh Kim Hyeyoon susulan reka bentuknya yang cantik.

Dalam drama tersebut, Hye-yoon memakai G-Shock, model GW-B5600HR-1JFw dan ia merupakan mesin masa yang membantunya untuk pergi ke masa lalu.

Byeon Woo Seok

Gambar: Tangkap layar drama, G-Shock

Dalam masa yang sama, Byeon Woo Seok yang merupakan hero dalam watak drama tersebut juga memakai model yang sama seperti Kim Hye-yoon.

Disebabkan drama itu mencipta fenomena, ramai peminat yang sanggup berhabis duit dan perkara itu dikongsikan di media sosial terutamanya di TikTok.

Tony Leung

jam tangan selebriti
Gambar: @carinalau1208/Instagram, G-Shock

Tidak dilupakan juga, artis Hong Kong iaitu Tony Leung. Meskipun memiliki anggaran harta bersih bernilai puluhan juta tetapi Tony Leung terkenal dengan sikap yang baik hati malah rendah diri.

Sebelum ini, pada May dia dan isterinya bercuti di Perancis dan berkongsi kepada umum namun apa yang menarik perhatian warga maya adalah jam berwarna biru cair yang dipakai olehnya.

Nabil Ahmad

Gambar: @nabilzira/Instagram, G-Shock

Dalam kalangan selebriti tanah air pula, Nabil Ahmad memakai jam tangan model Takashi Murakami x Casio G-Shock GWF1000TM. Nabil yang juga pelawak merupakan salah seorang yang gemar mengumpul koleksi jam jenama itu. Model tersebut hanyalah terhad kepada 300 unit dan dihasilkan pada tahun 2010.

Zizan Razak

Siapa sahaja yang tak kenal dengan selebriti Zizan Razak? Pakaiannya yang sering extravagant pastinya mencuri perhatian ramai. Zizan yang juga terkenal sebagai collector pastinya tak terlepas untuk mengumpul jam.

Sebelum ini, Zizan turut hadir ke pelancaran jam G-Shock dan yang paling menariknya, pengasas G-Shock juga mengenalinya susulan beliau banyak mengumpul koleksi jam jenama itu.

Gambar: zizanrazak869/Instagram

Kalau perasan, jam tangan yang dipakai oleh selebriti-selebriti tersebut sangat sesuai dengan mereka bahkan, ia menunjukkan bahawa harga tidak memainkan peranan penting tetapi gaya yang sesuai mampu menyerlahkan lagi diri seseorang.

Jam ni memang jadi kegemaran orang tak kira gelaran. Jadi, kalau kat Malaysia, korang perasan artis mana yang selalu simpan koleksi dan gayakan G-Shock?

Nurhanis

noktah