Siakap Keli
perusahaan sosial malaysia

Perusahaan Sosial Malaysia Diberi Pengiktirafan Oleh Social Enterprise World Forum (SEWF)

Perusahaan Sosial Malaysia Diberi Pengiktirafan Oleh Social Enterprise World Forum (SEWF)

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2024 – Malaysia telah dianugerahkan pengiktirafan berganda atau double-badge oleh Social EnterpriseWorld Forum (SEWF) pada bulan Mac 2024. Perusahaan Sosial yang diberi penarafan Perusahaan Sosial Diakreditasi daripada KUSKOP secara automatik akan diiktiraf oleh SEWF tanpa melalui proses penilaian di peringkat antarabangsa.

Menurut YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, pengiktirafan ini akan membuka peluang yang lebih luas kepada PerusahaanSosial Diakreditasi untuk dikenali di peringkat antarabangsa.

Selain itu, beliau berkata bahawa KUSKOP juga telah memperkenalkansatu tahap penarafan baharu iaitu Tunas Perusahaan Sosial atau Aspiring SE. Ia diperkenalkan supaya lebih banyak usahawan yang baru menceburkan diri dalam perusahaan sosial dapat diberi penarafan dan galakan untuk menjadi perusahaan sosial yang sebenar. 

Beliau berkata demikian semasa Sambutan Hari Perusahaan Sosial 2024 yang telah diadakan di Asia School of Business pada 27Jun2024. Sambutan Hari Perusahaan Sosial pada tahun ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Chamber of Social Entrepreneur Development (CSED) dan SME Bank sempena SEMAI Summit 2024 yang bertemakan ‘Social Enterprise Malaysia Amplifying Impact (SEMAI)’. 

perusahaan sosial malaysia

Objektif Sambutan Hari Perusahaan Sosial 2024 ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai perusahaan sosial di samping memperkenalkan dan membantu perusahaan sosial memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan bilangan perusahaan sosial memohon penarafan melalui klinik penarafan dan menarik minat orang ramai mengenai impak yang diberikan oleh perusahaan sosial. 

Sambutan Hari Perusahaan Sosial 2024 ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi forum bersama ahli panel yang berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai ekosistem keusahawanan sosial dan peranan korporat dalam meningkatkan impak sosial di kalangan masyarakat.

Sesi perkongsian kisah kejayaan perusahaan sosial yang telah berjaya dalam industri masing-masing diadakan bertujuan memberi inspirasi kepada para hadirin. Selain itu, KUSKOP turut menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan Sosial dan Klinik Penarafan Perusahaan Sosial kepada peserta yang berminat serta jualan Buy Social yang melibatkan 50 usahawan sosial di seluruh Malaysia. 

Pada majlis yang sama, YB Datuk Ewon Benedick turut meluncurkan logo penarafan perusahaan sosial bagi ketiga-tiga tahap penarafan iaitu Tunas Perusahaan Sosial (Aspiring Social Enterprise), Perusahaan Sosial Asas (Basic Social Enterprise) dan Perusahaan Sosial Diakreditasi (Accredited Social Enterprise).

perusahaan sosial malaysia

Logo ini adalah salah satu usaha untuk mempromosikan penarafan perusahaan sosial di Malaysia di samping perusahaan sosial menggunakannya bagi tujuan memperkenalkan dan mempromosikan perniagaan serta produk/ perkhidmatan mereka. 

Selain itu, sesi penyerahan Sijil Penarafan PerusahaanSosial Diakreditasi turut disampaikan oleh YB Datuk Ewon Benedick kepada 13 daripada 20 perusahaan sosial yang telah mendapat penarafan Perusahaan Sosial Diakreditasi daripada KUSKOP. Perusahaan Sosial Diakreditasi layak memohon pengecualian cukai pendapatan bagi tiga(3) tahun taksiran berturut-turut.

Nurul Naqiyah