Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tayar kurang tekanan angin
Kredit: AFP

Tayar Kurang Tekanan Angin Juga Ada Potensi Untuk Meletup, Ini Sebabnya 

Azizah Najib

Tayar Kurang Tekanan Angin Juga Ada Potensi Untuk Meletup, Ini Sebabnya

Kita sering kali mendengar pesanan khidmat masyarakat yang mementingkan pemanduan selamat. Namun, pemanduan yang selamat tanpa pemeriksaan kenderaan berkala juga boleh membawa padah.

Antara kesemua bahagian kenderaan, tayar merupakan bahagian paling penting untuk diperiksa. Sama ada tayar sudah botak, menjadi bengkak, mahupun telah melebihi tarikh luputnya perlu diambil kira dalam pemeriksaan berkala.

Kegagalan mengenal pasti masalah tayar lebih awal boleh menyebabkan kemalangan jalan raya, yang sudah pasti bakal melibatkan nyawa pemandu, penumpang dan mungkin juga pengguna jalan raya lain.

Berita kemalangan jalan raya disebabkan tayar kenderaan meletup juga sudah sering kali kita dengar. Hal ini menunjukkan kejadian tayar kenderaan meletup bukan perkara remeh dan jarang berlaku.

Apabila berlaku kes tayar meletup ketika di tengah jalan, pasti kita akan menganggap ia disebabkan oleh tekanan angin yang berlebihan di dalam tayar.

Namun, tahukah anda, kekurangan tekanan angin di dalam tayar juga menjadi salah satu penyebab tayar meletup.

Kredit: AFP

Menurut CNN Indonesia, masalah bakal berlaku apabila tayar kekurangan tekanan angin. Apabila tayar mengempis, bibir rim akan menekan bahagian dinding tayar yang terlipat disebabkan berat kenderaan.

BACA: “Work Life Balance” Malaysia Kedua Terburuk Di Dunia – Kajian

Tayar yang dipaksa berputar dalam keadaan ini akan menyebabkan haba terhasil dari geseran. Kemudian, menjadikan gentian nylon di dalam dinding tayar perlahan-lahan lemah dan hilang kekuatannya.

Jika situasi ini berterusan, haba yang terhasil akan membuatkan tayar semakin mengembang.

Keadaan ini akhirnya membuatkan dawai besi yang ada di dalam tayar tidak dapat menahan tekanan dari pengembangan tersebut lalu menyebabkan tayar meletup.

Jadi, bagaimana caranya untuk anda elak dari tayar meletup disebabkan kurang tekanan angin? Ikuti empat langkah pemeriksaan ini.

Periksa tekanan angin

Penting bagi pemilik kenderaan sentiasa periksa tekanan angin tayar sebelum bergerak terutamanya jika ingin menghadapi perjalanan yang jauh. Pastikan tekanan angin tidak terlalu rendah atau tinggi dengan mengikuti piawaian biasa pengisian angin.

Periksa bendasing pada tayar

Bendasing pada tayar boleh menyebabkan berlaku kerosakan atau kebocoran. Jadi, amat penting bagi pemilik kenderaan pastikan tiada bendasing yang terlekat pada tayar.

Elak melalui jalan yang rosak

Jalan yang rosak seperti berlubang atau tidak rata juga boleh menyebabkan tayar rosak dan pecah.

Periksa kesan tayar haus

Perkara terakhir yang perlu diperiksa ialah keadaan bunga tayar. Beri perhatian pada corak dan permukaan tayar bagi melihat tanda-tanda tayar haus atau botak.

Dengan memeriksa empat perkara ini secara berkala, SK berharap anda dapat mengesan kerosakan pada tayar seawal mungkin. Semoga selamat semuanya.

Sumber: CNN Indonesia

BACA: Apa Itu Dasar Gaji Progresif? Ini Yang Anda Perlu Tahu

BACA: Dua Saintis Muda Wakili Malaysia Ke Mesyuarat Nobel Laureate Ke-73 Di Lindau, Jerman