Siakap Keli
Karnival Kompleks Kraf

Karnival Kompleks Kraf Buat Pengunjung Mengimbau Kenangan

KUALA LUMPUR, 29 JUN 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) mengadakan Karnival Kompleks Kraf bermula 29 hingga 30 Jun 2024 (2 hari) dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang bertempat di kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Karnival Kompleks Kraf diadakan bertujuan memperkenalkan Kompleks Kraf sebagai Pusat Kraf Setempat yang menghimpunkan produk kraf tempatan serta menawarkan pelbagai ini bertemakan ‘Kompleks Kraf Di Hati’ adalah bagi menunjukkan keunikan kompleks kraf menjadi destinasi menarik dan wajib dilawati dengan pengisian aktiviti kraf dalam kehidupan yang memberi pengalaman baharu mahupun mengimbau kenangan.

Karnival Kompleks Kraf Karnival Kompleks Kraf

Pengunjung disediakan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Aktiviti Jualan Kraf, Pameran Kraf (Produk Kraf Baharu dan Jom Masuk IKN), Demonstrasi Kraf (Batik dan Tenunan), Interaktif Kraf (Batik Lukis, Batik Ikat Celup, Batik Cetakan Kreatif, Seramik, Logam Teknik Tekan Timbul, Anyaman Rotan, Sulaman Manik, Seni Tampal Selit), Persembahan Kesenian, Food Truck, Lawatan Berpandu Berkumpulan dan Jualan Agro Madani FAMA.

Karnival Kompleks Kraf

Selain itu, pengunjung disajikan dengan Aktiviti Galakan Pengunjung iaitu Kelas Anyaman Kelarai dan Projek Upcycle Kraf (Tie & Dye) yang disediakan secara percuma. Pengunjung boleh menyertai Projek Upcycle Kraf yang merupakan aktiviti santai membuat batik ikat celup dengan membawa pakaian terpakai sendiri untuk diwarnakan atau dicelup berubah menjadi wajah baharu. Karnival Kompleks Kraf juga akan diadakan pada tarikh berikut:

  • 27 – 28 Julai 2024
  • 24 – 25 Ogos 2024
  • 28 – 29 September 2024
  • 26 – 27 Oktober 2024

Orang ramai yang ingin berkunjung ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur boleh menggunakan kemudahan awam dengan menaiki MRT ke stesen MRT Conlay atau Bas Hop On Hop off.

Karnival Kompleks Kraf

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa